Isu-isu yang berkaitan dengan pengangkutan awam kerap
dibincangkan oleh orang ramai. Hal ini kerana pengangkutan awam amat penting
dalam kehidupan orang ramal, terutama di bandar-bandar yang besar. Pihak
kerajaan perlu membina lebih banyak kemudahan pengangkutan awam supaya lebih
ramai rakyat yang menggunakannya. Terdapat beberapa kebaikan jika kita
menggunakan pengangkutan awam seperti bas, teksi, kereta api dan kapal terbang.
Antara kebaikan menggunakan pengangkutan awam ialah kita
akan dapat menjimatkan perbelanjaan. Dengan menaiki bas, kita juga akan dapat
menjimatkan perbelanjaan minyak kenderaan. Sesungguhnya, harga petrol dan
diesel pada masa sekarang adalah tinggi. Kita juga tidak perlu membuat bayaran
tempat letak kenderaan kerana bayaran tempat letak kenderaan juga semakin
tinggi.
Selain itu, kita juga dapat menjimatkan tenaga apabila
menggunakan pengangkutan awam. Hal Ini kerana kita tidak perlu mengeluarkan
tenaga untuk memandu. Memandu kenderaan kadangkala amat meletihkan terutama di
bandar-bandar besar kerana sering berlaku kesesakan lalu lintas. Dengan menalki
pengangkutan awam, badan kita akan lebih bertenaga apabila berada di tempat
kerja.
Dengan menaiki pengangkutan awam juga, kita akan lebih
selamat. Hal ini kerana kenderaan yang kita naiki adalah lebih besar daripada
kenderaan kita. Jika berlaku sebarang kemalangan, kita pasti lebih selamat jika
dibandingkan dengan menaiki kenderaan sendiri. Kita juga tidak perlu memikirkan
keselamatan kenderaan kita apabila kita meletak kenderaan di tempat letak
kenderaan.
Di samping itu, dengan menggunakan kemudahan awam, kita
tidak perlu lagi membeli kenderaan sendiri. Pada masa kini harga kenderaan
seperti kereta adalah tinggi. Oleh itu, kita boleh menggunakan wang pendapatan
bulanan kita untuk membeli keperluan asas lain yang lebih penting seperti
rumah, pakaian dan makanan. Kita juga boleh menggunakan wang tersebut untuk
simpanan masa hadapan.
Kebaikan lain menalki pengangkutan awam ialah kita dapat
menjimatkan masa. Contohnya, jika kita memandu kenderaan sendiri, masa yang
diperlukan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu adalah selama tujuh jam. Jika
kita menaiki kapal terbang pula, masa yang diperlukan adalah satu jam sahaja.
Justeru, kita boleh menjimatkan masa selama enam jam jika menggunakan pengangkutan
awam.
Sumber:https://www.facebook.com/kempengunabasUKM
No comments:
Post a Comment