Pengangkutan awam merupakan sistem pengangkutan yang mana
penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri.
Pengangkutan awam darat pula meliputi pengangkutan seperti
bas, teksi, kereta api, transit aliran ringan (LRT), KTM Komuter, KL Monorail,
Express Rail Link (KLIA Express, KLIA Transit)
Dalam usaha menambahbaik pengangkutan awam di negara ini,
kerajaan prihatin menyediakan sistem pengangkutan awam yang mampu memenuhi
keperluan rakyat untuk menjadikannya sebagai pilihan utama masyarakat khususnya
penduduk ibu kota. Sehubungan itu, kerajaan memberi fokus kepada empat bidang
utama di dalam sektor pengangkutan awam di negara ini agar kepercayaan
masyarakat terhadap kemudahan tersebut meningkat.
Pertama:
Meningkatkan kebolehpercayaan dengan memberi fokus kepada
ketepatan masa;
Kedua
Meningkatkan kualiti perjalanan pengangkutan awam;
Ketiga,
Memastikan rakyat mendapat akses mudah pengangkutan awam.
Keempat,
Menyediakan kapasiti pengangkutan mencukupi bagi memenuhi
keperluan penumpang sedia ada dan penumpang baru.
Lima langkah utama bagi meningkatkan penggunaan pengangkutan
awam
1. Menyelaras
kapasiti sistem yang sudah mencapai hadnya.
i) Meningkatkan
kapasiti KTM Komuter dan LRT sebanyak 1.7 sehingga 4 kali ganda (bergantung
kepada laluan tertentu.)
ii) Penambahan 22
set tren empat gerabak baru sistem transit aliran Kelana Jaya. Selain gerabak
berganda, ciri-ciri tambahan terdapat pada gerabak ini ruang khas untuk
penumpang berkerusi roda yang dilengkapi tali pinggang keselamatan. Terdapat
juga lampu amaran di pintu untuk golongan kurang upaya pendengaran serta
tingkap kecemasan.
iii) Pembinaan
Terminal Pengangkutan Bersepadu Bandar Tasik Selatan
iv) Laluan bas
merentasi 12 koridor utama di Lembah Klang akan diperkenalkan secara
berperingkat. Perkhidmatan melalui 12 koridor dapat menampung 35,000 sehingga
55,000 penumpang semasa waktu puncak pagi atau 6% sehingga 9% jumlah bilangan
pengguna pengangkutan awam pada tahun 2012
v) Naik taraf 634
perhentian bas di Sepang, Shah Alam, Subang Jaya, Klang, Selayang, Ampang Jaya
dan Kajang.
vi) 850 buah bas
akan ditambah. Ini dapat meningkatkan perkhidmatan yang disediakan di laluan
sedia ada dan memberi perkhidmatan kepad 53 laluan baru yang tidak mendapat
perkhidmatan ketika ini.
2. Merangsang
permintaan bagi menarik rakyat menggunakan pengangkutan awam
i Memperkenalkan
konsep 1Tiket 1Perjalanan
iii Menambah
kira-kira 6,800 tempat meletak kereta baru di 14 stesen rel utama, di luar
kawasan pinggir pusat bandar utama pada tahun 2012
iv Mempertingkatkan
perkhidmatan bas pengantara ke stesen rel dan menaik taraf stesen serta
terminal yang mempunyai bilangan trafik yang tinggi.
v Menyediakan
sistem IT bersepadu secara menyeluruh
vi. Pelaksanaan
penguatkuasaan merentasi semua agensi penguatkuasaan utama adalah diperlukan
untuk 10 pihak berkuasa tempatan (PBT), Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan
(LPKP), JPJ dan PDRM.
3 Menghalang
kenderaan berat dari memasuki Kawasan Perniagaan Pusat.
i Tiga terminal
pengangkutan bersepadu (ITT) utama di luar
bandar akan diwujudkan dan dimulakan dengan ITT Bandar Tasik Selatan.
ii Di pusat bandar
pula akan wujud dua jenis pusat pengangkutan awam iaitu Terminal Antara Bandar
dan Hentian Akhir Bandar (HAB). Terminal Antara Bandar di Pasarama Kota,
Hentian Putra dan Pudu memudahkan aliran lalu-lintas daripada kawasan pinggir
bandar ke pusat bandar.
4. Penyusunan
semula Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
(SPAD)
i Memastikan
pengangkutan Awam Darat (SPAD) beroperasi sepenuhnya. Ini kerana satu prasyarat
kejayaan mewujudkan satu badan yang bertanggungjawab bagi perancangan dasar dan
pemantauan kawalsedia.
Ii 13 Kementerian
dan pelbagai agensi terlibat aspek pengurusan pengangkutan awam yang berbeza
dan tiada satu badan yang menyelaraskan usaha merentasi pelbagai sistem
pengangkutan awam secara keseluruhan.
5. Menguruskan
permintaan melalui faktor tolakan (push)
i Apabila
penggunaan pengangkutan awam melebihi 25% dan sistem perkhidmatan pengangkutan
awam telah ditambahbaik, masa perjalanan ditepati, keselesaan
dipertingkat, Inisiatif meningkatkan
daya tarikan relatif pengangkutan awam iaitu daripada pengguna kenderaan
persendirian akan dipercepat.
NKPI bagi NKRA Pengangkutan Awam
Kategori
Hasil pada 2010-2011
Bas
200 bas baru
4 koridor baru bagi bus expressway transit
800 perhentian bas yang dinaiktarafkan
Rel
26 set tren empat koc di LRT Kelana Jaya
Integrasi
Terminal pengangkutan bersepadu baru di Bandar Tasik Selatan
Semua operator mempunyai sistem tanpa tunai dan menawarkan
tambang diskaun bagi tiket tanpa tunai
4,000 petak letak kereta baru di stesen rel
Rangkaian
Pembaharuan cukai jalan ditolak bagi pemandu yang tidak
membayar samannya
Kenderaan berat tidak dibenarkan masuk ke pusat bandar pada
waktu puncak
Rapid KL
Penstrukturan semula 45 laluan RapidKL bagi mengurangkan
pemindahan penumpang dan menjimatkan masa
Pelancaran Pas Perjalanan bersepadu RapidKL bernilai RM150
bagi membenarkan perjalanan tanpa had menggunakan semua perkhidmatan Prasarana
iaitu bas RapidKL, LRT Kelana Jaya, LRT Ampang dan Monorel
KTM Komuter
Pengurangan masa kekerapan KTM Komuter daripada 20 minit
kepada 15 minit, di laluan bertrafik tinggi seperti Sungai Buloh ke Kajang dan
Kuala Lumpur ke Shah Alam
Memperkenalkan koc merah jambu wanita sahaja
Nota: Bidang
Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
Petunjuk Prestasi Utama Nasional (NKPI)
Kesimpulan
Kerajaan telah menunjukkan kesungguhannya dalam NKRA bagi
mempertingkatkan pengangkutan awam. Ia bertujuan memudahkan rakyat menikmati
khidmat pengangkutan awam yang sistematik. Yang penting di sini, rakyat diminta
untuk meninggalkan kereta persendirian dan mula menggunakan pengangkutan awam.
Sekali lagi, bermulalah dengan langkah kecil : Cubalah perkhidmatan bas
tempatan pada hujung minggu atau komited untuk menggunakan pengangkutan awam
satu hari dalam seminggu. Pengangkutan awam adalah pilihan terbaik.
Sumber:http://pmr.penerangan.gov.my/
No comments:
Post a Comment