Saturday, May 30, 2015

KEBAIKAN MENGGUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM

Kelebihan Menggunakan Pengangkutan Awam
Adakah anda pernah menggunakan pengangkutan awam?. Pengangkutan awam atau transit awam merangkumi segala sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri.

Pengangkutan awam darat pula meliputi pengangkutan seperti bas, teksi, kereta api, transit aliran ringan (LRT), KTM Komuter, KL Monorail, Express Rail Link (KLIA Express, KLIA Transit)



Dalam usaha menambahbaik pengangkutan awam di negara ini, kerajaan prihatin menyediakan sistem pengangkutan awam yang mampu memenuhi keperluan rakyat untuk menjadikannya sebagai pilihan utama masyarakat khususnya penduduk ibu kota. Sehubungan itu, kerajaan memberi fokus kepada empat bidang utama di dalam sektor pengangkutan awam di negara ini agar kepercayaan masyarakat terhadap kemudahan tersebut meningkat.



Kelebihan Menggunakan Pengangkutan Awam

Menjimatkan kos / perbelanjaan
- Harga tambang yang berpatutan, membolehkan
   pengguna pergi ke mana-mana destinasi dengan mudah.
- Tidak perlu membelanjakan wang untuk membeli bahan
   api / minyak, yang harganya semakin meningkat.
- Tidak perlu membayar tol dan bil parkir untuk bergerak
   dari satu tempat ke satu tempat.

Mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas



- Perkhidmatan pengangkutan awam akan mengurangkan
   bilangan kenderaan persendirian terutamanya di bandar-
   bandar besar seperti Kuala Lumpur.
- Apabila masyarakat menggunakan pengangkutan awam
   dalam urusan seharian, mereka dapat mengurangkan
   jumlah kenderaan di jalan raya.
- Hal ini menyebabkan pergerakan trafik lebih lancar,
   terutama di bandar-bandar besar.

Mengurangkan kadar kemalangan



- Pengurangan kenderaan di jalan raya, mengurangkan
   risiko kemalangan terutamanya semasa musim perayaan
   dan pada waktu puncak.
- Penggunaan pengangkutan awam, seperti bas, kereta
   api, LRT atau monorel, dapat meminimakan kes
   kemalangan di jalan raya.

Mewujudkan interaksi sosial
- Masyarakat pelbagai kaum akan menaiki pengangkutan
   awam ke pelbagai destinasi.
- Interaksi sosial, secara tidak langsung akan berlaku
   sepanjang perjalanan itu.
- Penggunaan pengangkutan awam yang berterusan oleh
   masyarakat majmuk di negara kita, sudah tentu dapat
   mengeratkan silaturahim
Sumber:http://qaisaranieta.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment