KEPENTINGAN PENGANGKUTAN AWAM
Era globalisasi ini, penggunaan kemudahan pengangkutan awam
dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas, menjimatkan wang dan mengurangkan
kadar kemalangan jalan raya di negara kita. Hal ini demikian kerana penggunaan
kemudahan pengangkutan awam ini telah mendapat perhatian dan menarik minat
pengguna jalan raya di negara ini. Pengguna jalan raya menggunakan alternetif
ini bagi memudahkan mereka menuju ke destinasi masing-masing. Lantaran itu,
mereka telah memilih pelbagai pengangkutan awam seperti bas, LRT, monorel dan
kereta api sebagai pengangkutan utama mereka. Oleh itu, pertumbuhan
pengangkutan awam ini telah meningkat dengan mendadak seperti cendawan tumbuh
selepas hujan. Persoalannya, apakah kepentingan yang dapat diperoleh melalui
kemudahan pengangkutan awam ini?
Kepentingan perdana menggunakan kemudahan pengangkutan awam
ialah kita dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Kesesakan lalu lintas
berlaku kerana rata-rata rakyat Malaysia lebih berminat menggunakan kenderaan
sendiri berbanding menggunakan pengangkutan awam. Oleh sebab rakyat Malaysia
yang bersikap hidung tinggi dan malu untuk menaiki kenderaan awam mengakibatkan
jumlah kenderaan di seluruh negara didapati meningkat hampir dua kali ganda
sejak tahun 1980. Oleh sebab itu, kesesakan lalu lintas sering berlaku di
negara kita,terutama sekali di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Shah
Alam, Kota Bharu,dan sebagainya. Dengan menggunakan kemudahan pengangkutan awam
seperti bas, teksi, monorel akan mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya,
sekali gus dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas. Sebagai contoh, masyarakat
di negara matahari terbit iaitu Jepun, mereka lebih suka menggunakan
pengangkutan awam untuk melakukan kegiatan harian mereka, oleh itu di negara
Jepun tidak berlaku kesesakan lalu lintas walaupun negara Jepun mempunyai
penduduk yang ramai. Seandainya rakyat Malaysia menggunakan pengangkutan awam
sebagai rutin harian, nescaya kesesakan lalu lintas dapat dielakkan. Oleh itu,
pihak pengusaha pengangkutan awam perlu menyediakan pengangkutan yang selesa
supaya dapat menarik minat para penumpang agar rakyat Malaysia tidak berasa
sangsi untuk menggunakan pengangkutan awam dan kesesakan lalu lintas dapat
diatasi. Jelaslah bahawa penggunaan kemudahan pengangkutan awam dapat
mengurangkan kesesakan lalu lintas di negara ini.
Selain itu, penggunaan pengangkutan awam juga mampu
mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita. Hal ini dikatakan
demikian kerana, amaun kenderaan yang menyusur di jalan raya berkurang dan
sekali gus dapat mengalicaukan kenderaan daripada terperangkap dalam kesesakan
lalu lintas yang teruk terutamanya di ibu kota. Sebagai pengguna yang peka dan
sensitif terhadap keadaan semasa, kita haruslah sedar bahawa, penggunaan
kenderaan persendirian yang bertali arus dapat mengundang risiko yang tinggi
untuk berlaku kemalangan. Sekiranya, semua rakyat Malaysia memprioritikan
pengangkutan awam, sudah tentu statistik kemalangan jalan raya akan menurun dan
secara tidak langsung juga negara tidak akan mengalami kerugian dari segi
infrastruktur dan modal insan. Sebenarnya, kadar kemalangan jalan raya
meningkat secara mendadak pada musim perayaan dan pada waktu puncak kerana pada
ketika itu bilangan kenderaan di jalan raya juga meningkat. Jadi
semolek-moleknya, jika kita ingin pulang ke kampung pada musim perayaan kita
wajarlah menggunakan perkhidmatan awam yang terdapat dalam negara kita sebagai
contoh bas, kereta api dan kapal terbang. Oleh itu, penggunaan pengangkutan
awam akan dapat mengelakkan seseorang daripada menjadi mangsa nahas kemalangan
jalan raya yang keseterusnya. Kita harus ingat bahawa malang tidak berbau jadi
kita perlulah beringat sebelum terkena.
Seterusnya, penggunaan kemudahan pengangkutan awam juga
dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara kita. Untuk
menuju ke destinasi, masyarakat yang berbilang kaum di negara kita akan
berpusu-pusu menaiki pengangkutan awam untuk menuju ke destinasi. Situasi
sedemikian sedikit sebanyak dapat menyimpul tali silaturahim antara komuniti
Melayu, Cina, India dan sebagainya. Sebagai contoh, apabila kita menaiki sesebuah
pengangkutan awam khususnya monorel sudah semestinya kita akan berinteraksi
dengan individu-individu di sekeliling kita. Seandainya kita menggunakan
inisiatif ini secara konsisten, sudah tentu satu ikatan yang erat dapat
dijalinkan sekali gus merealisasikan slogan 1Malaysia yang berteraskan satu
jiwa satu bangsa. Tegasnya, penggunaan kemudahan pengangkutan awam dapat
memupuk perpaduan yang jitu dalam kalangan masyarakat Malaysia yang akan
membawa kepada pembentukan sebuah negara yang aman dan sentosa ibarat ‘air
dalam talam.’
Tambahan pula,penggunaan kemudahan awam dapat merealisasikan
persekitaran yang mesra alam selari dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan
sebuah negara yang bebas daripada pencemaran.Hal ini dikatakan demikian kerana
gas karbon monoksida yang dilepaskan daripada asap kenderaan dapat dikurangkan
ekoran berkurangnya jumlah kenderaan di jalan raya.Sebagai contoh,pembebasan
asap daripada kenderaan akan mendatangkan pelbagai impak negative terutama
kepada kesihatan manusia dan alam sekitar.Dalam konteks ini,asap yang
dikeluarkan oleh kenderaan akan menipiskan lapisan ozon dan memaksimumkan tahap
pencemaran kualiti udara.Pencemaran udara ini diibaratkanseperti duri dalam
daging kepada alam sekitar dan kesihatan manusia.Jika masyarakat menyahut
seruan kerajaan untuk menggunakan kemudahan pengangkutan awam,maka tahap
pencemaran alam sekitar dapat diminimumkan sekali gus dapat melestarikan
persekitaran yang bersih dan indah.Sudah terang lagi bersuluh,penggunaan
kemudahan pengangkutan awam dapat merealisasikan persekitaran yang mesra alam.
Tuntasnya, penggunaan perkhidmatan awam di Malaysia
menyumbang banyak manfaat dan kelebihan kepada kita semua. Dunia serba moden
era ini memerlukan masyarakat yang berdaya saing dalam segala hal. Kerajaan
juga hendaklah menaiktaraf perkhidmatan awam di Malaysia agar setanding dengan
negara maju yang lain bak kata pepatah “Berdiri sama tinggi, duduk sama
rendah”. Oleh itu, masyarakat Malaysia diseru supaya bersama-sama menggunakan
pengangkutan awam agar hasrat kerajaan untuk memajukan negara tidak tinggal
impian semata-mata seiring dengan wawasan 2020.
Sumber:KEPENTINGAN PENGANGKUTAN AWAM

Sumber:http://nassmkt.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment