Kepentingan Perkhidmatan Pengangkutan Awam Kepada Masyarakat
Atau Komuniti Setempat.
1.Mengapakah perkhidmatan pengangkutan awam penting kepada
masyarakat atau komuniti setempat?
-Perkhidmatan pengangkutan awam penting kepada masyarakat
atau komuniti setempat kerana perkhidmatan pengangkutan awam memberi masyarakat
mobiliti dan akses kepada peluang pekerjaan. Ia membawa faedah kepada orang
yang lebih rela menggunakan pengangkutan awam atau orang yang terpaksa
menggunakannya kerana kebanyakkan penguna pengangkutan awam tidak mempunyai
kenderaan persendirian.
-Selain itu, pengangkutan awam juga memberi pelbagai pilihan
pengangkutan kepada komuniti perniagaan dan pekerjaan. Pengangkutan awam
menawarkan perkhidmatan yang selesa dan selamat yang diperlukan untuk komuniti
kejiranan setempat. Perkhidmatan awam juga sesuai untuk krisis atau pemindahan
penduduk yang cepat dan selamat.
Akhirnya, perkhidmatan awam memainkan peranan dalam
mengurangkan kesesakan jalan raya, masa perjalanan, pencemaran udara dan
pengunaan tenaga kuasa serta minyak.
Apakah kepentingan
perkhidmatan pengangkutan awam kepada masyarakat atau komuniti setempat?
-Antara kepentingan perkhidmatan awam kepada masyarakat atau
komuniti ialah ia dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Pengguna jalan raya
menggunakan alternetif ini bagi memudahkan mereka menuju ke destinasi
masing-masing. Lantaran itu, mereka telah memilih pelbagai pengangkutan awam
seperti bas, LRT, monorel dan kereta api sebagai pengangkutan utama mereka.
-Selain itu, penggunaan pengangkutan awam juga mampu
mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara kita. Hal ini dikatakan
demikian kerana, amaun kenderaan yang menyusur di jalan raya berkurang dan
sekali gus dapat mengalicaukan kenderaan daripada terperangkap dalam kesesakan
lalu lintas yang teruk terutamanya di ibu kota. Selain itu, penggunaan
pengangkutan awam juga mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara
kita. Hal ini dikatakan demikian kerana, amaun kenderaan yang menyusur di jalan
raya berkurang dan sekali gus dapat mengalicaukan kenderaan daripada
terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang teruk terutamanya di ibu kota.
- Seterusnya, penggunaan kemudahan pengangkutan awam juga
dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara kita. Untuk
menuju ke destinasi, masyarakat yang berbilang kaum di negara kita akan
berpusu-pusu menaiki pengangkutan awam untuk menuju ke destinasi. Situasi
sedemikian sedikit sebanyak dapat menyimpul tali silaturahim antara komuniti
Melayu, Cina, India dan sebagainya. Sebagai contoh, apabila kita menaiki
sesebuah pengangkutan awam khususnya monorel sudah semestinya kita akan berinteraksi
dengan individu-individu di sekeliling kita.
- Tambahan pula,penggunaan kemudahan awam dapat
merealisasikan persekitaran yang mesra alam selari dengan hasrat kerajaan untuk
mewujudkan sebuah negara yang bebas daripada pencemaran.Hal ini dikatakan
demikian kerana gas karbon monoksida yang dilepaskan daripada asap kenderaan
dapat dikurangkan ekoran berkurangnya jumlah kenderaan di jalan raya.
Kelemahan Perkhidmatan Pengangkutan Awam Kepada Masyarakat
Atau Komuniti Setempat.
2. Apakah kelemahan – kelemahan perkhidmatan awam terhadap
masyarakat atau komuniti setempat?
-Perkhidmatan pengangkutan awam walaupun mempunyai banyak
kebaikan tetapi juga terdapat kelemahan. Sudah pasti dilema utama yang dihadapi
oleh masyarakat terhadap sistem pengangkutan awam kita ialah kos atau
tambangnya yang agak mahal. Kadar tambang terutamanya bagi penumpang teksi dan
LRT adalah dianggap mahal terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah
serta menghalang mereka daripada menggunakan sistem pengangkutan itu dengan
lebih kerap. Kadaan ini menyebabkan jumlah pengguna pengangkutan awam terutama
LRT agak kurang dan tidak menyeluruh. Kebanyakan daripada mereka hanya
menggunakan pengangkutan awam hanya apabila terdesak atau hanya untuk ke
pejabat sahaja.
- Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan
dengan amalan pengurusannya yang tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem
pengangkutan awam terutamanya bas awam tidak boleh diharap dari segi ketepatan
waktu operasinya. Kelewatan bas kerap berlaku dan tidak mengikut jadual
perjalanan yang ditetapkan. Hal ini menyebabkan masyarakat sukar untuk
merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Masalah
kelewatan sampai ke tempat kerja menjadi isu utama akibat kegagalan pihak
pengurusan mengatasi masalah tersebut. Masalah penjagaan bas awam, LRT dan
teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori yang mengecewakan kerana
penyelenggaraannya yang tidak menyeluruh.
- Kita juga sering terdengar rungutan orang awam yang
mengatakan bahawa tumpuan perkhidmatan awam di negara kita tidak menyeluruh.
Kemudahan stesen LRT umpamanya hanya terletak di kawasan tertentu yang
kadang-kala menyukarkan orang ramai tiba ke pejabat. Hal ini bertambah rumit
kerana masalah kekurangan pengangkutan tambahan atau “fider bus” di kawasan
itu.
- Malah, pengangkutan awam turut turut terjejas akibat
tindakan segelintir pekerja mereka seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang
tidak sopan ketika memandu. Sering kali masyarakat mengadu kerakusan pemandu
pengangkutan awam di jalan raya yang dibuktikan oleh meningkatkan kemalangan
yang melibatkan pengangkutan awam ini. Sikap tidak prihatin mereka ini telah
memberi satu imej negatif kepada semua pekerja yang bekerja dalam sistem
pengangkutan awam negara kerana seekor kerbau membawa lumpur, semuanya
terpalit. Ada di antara mereka yang masih mengamalkan sikap ingin menjadi sang
juara di jalan raya. Hal ini bukan sahaja membahayakan penumpang kenderaan
tersebut malah pada masa yang sama turut membahayakan keselamatan pengguna
jalan raya yang lain.
- Banyak juga aduan yang sering kita baca di dada-dada
akhbar mengenai rungutan orang awam tentang kekurangan tempat letak kereta di
stesen LRT dan komuter. Hal ini berlaku kerana kurangnya perancangan yang
teliti sebelum projek tersebut dilaksanakan. Kelemahan ini bukan sahaja
menyukarkan orang ramai meletakkan kenderaan mereka malah menghalang orang
ramai untuk menaiki kemudahan awam tersebut. Di beberapa buah stesen komuter
dan LRT di ibu kota Kuala Lumpur umpamanya, kekurangan tempat untuk meletakkan
kenderaan menyebabkan orang ramai meletakkan kenderaan mereka sesuka hati atau
di tepi-tepi jalan. Hal ini bukan sahaja menyebabkan berlakunya kesesakan malah
kadang-kala boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Lebih malang pula, ada
sebahagian kenderaan tersebut turut di saman oleh pihak polis biarpun masalah
ini timbul akibat kelemahan pengurusan terbabit.
Pada pendapat
anda, apakah yang perlu dilakukan oleh masyarakat atau penduduk setempat untuk
mengatasi kelemahan perkhidmatan pengangkutan awam?
- Pada pendapat saya, antara jalan penyelesaiannya ialah
kerajaan perlu mengurangkan kos atau tambang perkhidmatan awam bagi memudahkan
rakyat yang kurang berkemampuan untuk menikmati perkhidmatan pengangkutan awam
yang sedia ada ini. Selain itu, sistem pengurusan perkhidmatan pengangkutan
awam juga perlu dikemaskinikan iaitu dari segi ketepatan waktu operasi
pengangkutan awam seperti bas awam supaya kelewatan bas awam ang kerap berlaku
dapat dikurangkan.Tambahan pula, pemandu – pemandu pengangkutan awam seperti
bas awam dan teksi perlu didisiplinkan agar mereka dapat bertutur dengan lebih
mesra dan sopan terhadap pelanggannya. Akhir sekali, pihak kerajaan perlulah
menyediakan tempat letak kereta yang cukup di stesen LRT dan komuter bagi
mengurangkan kesesakan jalan raya berhampiran stesen – stesen ini selain
memudahkan penguna – pengguna LRT dan komuter untuk meletakkkan kereta mereka
di tempat yang disediakan itu.
Impak Perkhidmatan
Pengangkutan Awam Kepada Masyarakat Atau Komuniti Setempat.
3. Apakah impak perkhidmatan pengangkutan awam yang kepada
masyarakat atau penduduk setempat?
- Perkhidmatan pengangkutan awam memberi impak kepada
pembangunan negara dan kesenangan masyarakat. Tanpa pengangkutan awam,
perjalanan dari rumah ke tempat kerja menjadi mudah dan pengguna tidak lagi
bimbang atau rimas akibat pengangkutan. Pengangkutan awam juga menjaga
keselamatan penguna dan memudahkan syarikat besar untuk menguruskan
penghantaran dan pemindahan barangan dengan cepat, mudah dan selamat.
Usaha Meningkatkan Mutu Perkhidmatan Pengangkutan Awam.
4. Apakah usaha – usaha yang boleh dilaksanakan bagi
meningkatkan mutu perkhidmatan awam?
- Usaha yang dilakukan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan
pengangkutan awam ialah usaha masyarakat untuk mengurangkan bilangan kes-kes
rompakan atau penyulik saku dengan berhati-hati semasa menaiki pengangkutan
awam. Selain itu, pengangkutan awam dinaik taraf untuk memenuhi keperluan ruang
dan kelajuan supaya penguna dapat muat dalam pengangkutan awam pada waktu puncak.Tambahan
pula, perlaksanaan teknik-tekni pengurusan lalulintas seperti pengenalan
pengaliran satu/dua hala, kawalan pusingan ke kanan, kawalan kemasukan
kenderaan persendirian ke Pulau Pinang melalui Jambatan Pulau Pinang dan
lain-lain lagi boleh dinaik tarafkan bagi meningkatkan mutu pengangkutan awam.
Seterusnya, pelaksanaan pemajuan jalan raya juga boleh dijalankan iaitu pelebaran jalan di seksyen kritikal bagi
memudahkan pengguna lalulintas,mengurangkan kemalangan jalan raya yang berlaku
dan juga melancarkan aliran pengangkutan awam. Akhir sekali, penyediaan tempat
letak kereta yang mencukupi di sepanjang tempat dimana pengangkutan awam banyak
berfungsi juga boleh dilaksanakan bagi mengatasi kelemahan perkhidmatan
pengangkutan awam.
Sumbangan Masyarakat Atau Komuniti Setempat Dalam
Meningkatkan Mutu Perkhidmatan Pengangkutan Awam.
5. Apakah sumbangan masyarakat atau komuniti setempat dalam
meningkatkan mutu perkhidmatan awam?
- Antara sumbangan masyarakat dalam meningkatkan mutu
perkhidmatan awam ialah kooperasi masyarakat dengan pengurusan pengangkutan
awam. Tanpa kooperasi atau maklim balas penguna terhadap pengangkutan awam,
usaha naik taraf tidak dapat diselesaikan. Selain itu, kelakuan atau disiplin
masyarakat semasa berbaris menunggu perluangnya untuk menggunakan pengangkutan
awam seperti bas awam LRT dan komutar adalah baik dan teratur. Hal ini dapat
mengurangkan berlakunya kejadian yang tidak diingini semasa berbaris di tempat
menunggu pengangkutan awam. Tambahan pula, kerbersihan dalam pengangkutan awam
juga dijaga oleh masyarakat dengan adanya prinsip dalam setiap diri pengguna
pengangkutan awam untuk membuang sampah – sarap di dalam tong sampah. Dengan
ini, masyarakat atau komuniti setempat bukan sahaja dapat menjamin kerbersihan
pengangkutan awam tetapi juga keselesaan pengguna pengangkutan awam semasa
menaikinya.
Sumber: http://6r4-pa.blogspot.com/
Tq so much
ReplyDeleteTq so much
ReplyDelete