Masalah Pengangkutan Awam
Antara masalah-masalah yang sering dialami oleh pengguna
pengangkutan awam ialah :
1. Tambang Mahal ~ Sesetengah pengangkutan awam seperti
teksi dan LRT mengenakan bayaran yang agak tinggi yang tidak mampu dibayar oleh
penumpang. Oleh itu, perkhidmatan teksi dan LRT hanya menjadi pilihan ketika
keadaan terdesak seperti hendak ke pejabat dan mengelakkan kesesakan lalu
lintas.
Tambang bulanan bas/van sekolah juga agak mahal. Contohnya
untuk seorang anak, ibubapa terpaksa memperuntukan sebanyak sekurang-kurangnya
RM100 sebulan. Bayangkan jika terdapat 3 atau 4 orang anak yang bersekolah,
sudah tentu peruntukan untuk bayaran tambang bas/van sekolah mencecah RM500!
2. Kemalangan ~ Pada musim perayaan, kita sering digegarkan
dengan kes-kes kemalangan yang menyayat hati yang melibatkan perkhidmatan bas
ekspres. Kemalangan ini dapat dielakkan jika pemandu bas menjalankan tugasnya
dengan berhemah dan bertanggungjawab.
Kemalangan yang melibatkan pelajar sekolah juga sering
terpapar di dada akhbar. Kemalangan ini berlaku kerana bas sekolah yang dinaiki
terlalu penuh sehingga menyebabkan terdapat penumpangnya terpaksa berdiri di
tangga bas. Situasi seperti ini amat bahaya dan berisiko kepada berlakunya
kemalangan.
3. Keselamatan penumpang terancam ~ Sikap tidak
bertanggungjawab sesetengah pemandu bas dan teksi telah membawa padah kepada
penumpang! Penumpang merasa tidak selamat untuk menggunakan perkhidmatan bas
ekspres atau teksi. Sikap seperti ini juga boleh mengancam keselamatan pengguna
jalan raya yang lain.
Sikap tamak pemilik bas/van sekolah yang hanya mementingkan
keuntungan, telah sanggaup bertindak mengancam keselamatan penumpangnya yang
terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah. Bas/van sekolah yang dinaiki oleh
pelajar-pelajar ini biasanya melebihi muatan.
4. Kesesakan lalu lintas ~ Pada waktu puncak iaitu di awal
pagi (7.00 hingga 8.00 pagi) dan waktu petang (4.00 hingga 6.00 petang)
perkhidmatan LRT, KTMB dan Rapid K.L gagal beroperasi dengan baik. Biasanya kesesakan lalu lintas berlanjutan
selama 2 hingga 3 jam ketika waktu puncak di Kuala Lumpur.
5. Jangka masa lama ~ Sebelum dilancarkan Rapid Kuantan,
pengguna terpaksa menunggu perkhidmatan bas henti-henti hampir sejam. Ketibaan
bas yang tidak tentu juga menyukarkan penumpang yang menggunakan khidmat bas
ini.
6. Kos Bahan Api Meningkat ~ Harga petroleum yang semakin
meningkat menyebabkan tambang pengangkutan awam seperti teksi, bas ekspres, bas
sekolah dan van meningkat. Anggaran perbelanjaan bulanan untuk tambang bas/van
sekolah ialah antara RM80 hingga RM150 bagi seorang penumpang.
7. Kenderaan lama ~ Perkhidmatan bas samada bas ekspres atau
bas/ van sekolah adalah kenderaan lama yang telah berdaftar 10 hingga 15 tahun.
Tempat duduk dan kondisi bas juga tidak selesa.
8. Pencemaran udara ~
Pengangkutan awam seperti bas, feri, van dan teksi menggunakan minyak
diesel yang boleh mencemarkan udara. Udara dicemari dengan gas karbon monosida
dan asap hitam yang berjelaga yang mencemarkan udara.
9. Pencemaran bunyi ~ Kondisi bas/van yang telah tua/lama
boleh menimbulkan suasana yang membingitkan telinga dengan bunyi enjin
kenderaan yang bising atau kuat! Situasi ini boleh mengganggu ketenangan
penumpangnya.
Bagi penduduk yang tinggal berhampiran dengan lapangan
terbang, sering terganggu dengan bunyi bising enjin kapal terbang yang sedang mendarat atau kapal
terbang yang sedang berlepas.
10. Pencemaran air ~ Sikap sesetengah pemilik bot penambang
yang membuang sisa minyak ke dalam sungai telah menyebabkan air sungai
tercemar. Ini boleh menjadi ancaman kepada hidupan akuatik.
Sumber: http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment