Pengangkutan dan perhubungan awal.
1.Pada zaman dahulu,perhubungan dilakukan melalui jalan
darat dan air.
2.Faktor yang mempengaruhi perhubungan adalah bentuk muka
bumi,urusan
perdagangan,dan keselamatan.
3.Masyarakat menggunakan lorongan dan denai untuk mencari
hasil hutan.
4.pengangkutan melalui jalan darat lazimnya menggunakan
gajah,kereta lembu
dan berjalan kaki.
5.Kebanyakkan jalan darat awal tertumpu di tepi sungai
kerana kawasan ini
adalah rata.
6.Jalan air,iaitu sungai dan laut penting untuk mengangkut
penumpang dan
mengangkut hasil pertanian.
7.Perahu,rakit,dan jong digunakan untuk mengangkut barangan
dan orang.
8.Manusia pada zaman dahulu menggunakan isyarat asap dan
bunyi untuk
menyebarkan maklumat.
9.Alat perhubungan awal menggunakan isyarat bunyi seperti
asap,beduk,
ketuk-ketuk,dan laungan.
10.Kelemahan sistem pengangkutan dan perhubungan awal adalah
kurang cekap
dan memakan masa yang lama.
Keperluan pengangkutan dan perhubungan awal pada zaman
penjajah.
1.Kedatangan british telah menyebabkan perkembangan
pengangkutan dan perhubungan.
2.Kerajaan british membina landasan kereta api untuk
mengangkut bijih timah.
3.Landasan kereta api pertama dibina dari taiping ke Port
Weld (Kuala Sepetang)bagi
mengangkut bijih timah untuk dieksport.
4.Panjang landasan kereta api ialah 13 km.
5.Pada tahun 1891,landasan kereta api dibina dari seremban
ke Port Dickson.
6.Seterusnya,landasan kereta api dibina:
a)Kuala Lumpur - Port Swettenham (Pelabuhan Klang)
b)Tapah - Teluk Anson (Teluk Intan)
c)Jesselton (Kota Kinabalu) - Beaufort
7.Perkembangan jaringan kereta api telah mengubah kegiatan
ekonomi negara daripada sara diri kepada ekonomi eksport.
8.Jaringan kereta api pantai barat semenanjung Malaysia
lebih maju daripada pantai timur semenanjung Malaysia.
9.Jalan raya dibina hasil daripada perkembangan perlombongan
bijih timah di kawasan pedalaman.
10.Jalan raya pertama dibina ialah jalan kereta
lembu.Pembinaannya dari Taiping-Matang-Krian-Seberang Perai.
11.Pada peringkat awal,pengangkutan yang diguna ialah kereta
lembu lanca ,dan kereta kuda.
12.Penemuan enjin dan kenderaan menjadikan sistem
pengangkutan jalan raya lebih penting daripada landasan kereta api.
13.Pada zaman penjajah,pengangkutan air penting untuk
memgangkut bekalan makanan,jentera dan buruh.Sementara juga mengendalikan urus
niaga import dan eksport.
14.Kapal wap dugunakan untuk mengeksport hasil bijih timah
ke Britian.
15.Perkembangan jalan air menggalakkan pembukaan beberapa
pelabuhan seperti Pelabuhan Pulau Pinang dan Pelabuhan Port Dickson.
16.Perhubungan awal yang diperkenalkan oleh penjajah British
adalah pos,telegraf dan telefon.
17.Perkhidmatan pos melibatkan mengangkut surat
khabar,pengendalian surat-menyurat,bungkusan dan insurans.
18.Pada tahun 1862,Jabatan Perkhidmatan Pos ditubuhkan di
Pulau Pinang untuk mengendalikan surat-menyurat.
19.Perkhidmatan telegraf merupakan kaedah perhubungan pantas
dan dibina sepanjang landasan kereta api.
20.Telefon digunakan untuk tujuan pentadbiran,perniagaan dan
pengusaha estet.
Sumber:http://geo2aa-adilah.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment