Pengangkutan rel di Malaysia ialah satu daripada aspek utama
bagi rangkaian pengangkutan Malaysia.
Pengangkutan rel bermula pada tahun 1885 dengan pembukaan
aliran keretapi yang pertama di antara Taiping dengan Port Weld (sekarang Kuala
Sepetang).[1] Kini, pengangkutan rel ini yang terdiri daripada rel berat
(termasuklah rel kelajuan tinggi), transit aliran ringan (LRT), monorail dan
aliran landasan funicular. Rel berat yang sebanyaknya digunakan untuk
pengangkutan penumpang antarabandar dan muatan dan pengangkutan awam, manakala
LRT digunakan untuk pengangkutan dalam bandar dan penggunaan khas seperti
pengangkutan di antara bangunan lapangan terbang. Terdapat aliran landasan
kelajuan tinggi dengan dua perkhidmatan tren kelajuan tinggi di antara Kuala
Lumpur dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Satu aliran monorail
juga digunakan untuk pengangkutan awam di Kuala Lumpur manakala aliran landasan
funicular adalah di Penang.Landasan monorail yang baru dibuka di Bandaraya
Melaka sejauh 1.6km. Walau bagaimanapun monorail ini untuk para pelancong yang
ingin menyusuri Sungai Melaka. Landasan ini akan dipanjangkan menjadi 3km pada
masa depan.
Rangkaian landasan keretapi meliputi semua negeri di
Semenanjung Malaysia kecuali Negeri Terengganu. Bagi Negeri Melaka landasan
keretapi memasuki sepanjang 32 kilometer di bahagian utara negeri ini dalam
daerah Alor Gajah dan Jasin. Antara stesen yang terdapat dalam Negeri Melaka
ialah Batang Melaka, Tebong dan Pulau Sebang/Tampin. Ada perancangan dalam
Rancangan Malaysia ke-10 untuk memanjangkan lagi landasan keretapi dari Pulau
Sebang/Tampin hingga ke Bandaraya Melaka sejauh 30 kilometer dengan menggunakan
bekas landasan keretapi yang telah dibongkar ketika pendudukan Jepun. Di
Malaysia Timur, Sabah mempunyai landasan keretapi yang dimiliki dan
dioperasikan oleh Jabatan Kereta Api Negeri Sabah manakala Sarawak tidak
mempunyai perkhidmatan keretapi. Singapura, walaupun bukan sebahagian dari
Malaysia, turut diliputi oleh rangkaian landasan keretapi Malaysia. Rangkaian
ini juga disambung kepada rangkaian landasan keretapi Thai, 1,000 mm (3 kaki 3⅜
in), di utara Semenanjung Malaysia.
Sejarah
Pada 1 Jun 1885, aliran landasan keretapi yang pertama di
Tanah Melayu yang menyambung Taiping dengan Port Weld sepanjang 8¼ batu dibuka
secara rasmi oleh Sir Hugh Low, Residen British Perak pada ketika itu.
Kerja-kerja pembinaan aliran ini dimulakan dalam tahun 1882 dan seluruh kos
pembinaan bernilai £7000 yang ditanggungkan oleh Kerajaan negeri Perak. Tujuan
utama aliran itu adalah untuk menghubungkan antara kawasan perlombongan di
Larut dengan pelabuhan terdekat iaitu Port Weld. Aliran keretapi itu juga telah
menyenangkan perjalanan keluar masuk buruh dan pelombong ke tempat-tempat
pekerjaan. Pembinaan landasan ini menjadikan stesen keretapi Taiping sebagai
stesen keretapi yang pertama di negara ini.[1][2] Setahun kemudian, sebuah
landasan keretapi berhubung dengan Kuala Lumpur dengan Klang dibuka dan terus
ke Port Swettenham (sekarang Port Klang).Pada tahun 1905 landasan keretapi dari
utara ke selatan telah siap dibina yang menghubungkan stesen Butterworth ke
Melaka. Pada tahun 1910 rangkaian keretapi dari Utara hingga ke Johor Bahru
siap dibina. Landasan ke Melaka telah menjadi landasan cawangan antara Pulau
Sebang/Tampin ke Melaka. Walau bagaimanapun landasan ini telah dibongkar Jepun
pada tahun 1942.
Sumber:http://ms.wikipedia.org/
No comments:
Post a Comment