PENGENALAN
Untuk memastikan setiap apa yang dilakukan oleh Kerajaan
membuahkan hasil dan dapat memberi manfaat kepada rakyat, Perdana Menteri
Malaysia Dato’ Seri Najib Razak telah memperkenalkan Program Transformasi
Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Kedua-dua program ini
diperkenalkan pada 2010 serta 2011 dan ia diwujudkan bersama-sama Program
Transformasi Politik dan Program Transformasi Sosial yang membentuk Dasar
Transformasi Nasional. Kesemua insiatif tersebut diperkenalkan bertujuan bagi
memastikan negara mencapai matlamat menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi
menjelang 2020.Pelaksanaannya di bawah bidang kuasa Unit Pengurusan Prestasi
dan Pelaksanaan (PEMANDU), GTP adalah berdasarkan prinsip 1Malaysia, ‘Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.
Struktur GTP adalah intuitif, mengenalpasti bidang yang
memerlukan perhatian yang lebih dan tumpuan kepada bidang-bidang tersebut. Melalui perundingan menyeluruh dengan pihak
berkepentingan, daripada kementerian-kementerian kepada rakyat, kerajaan telah
tampil dengan 7 tonggak utama yang ditetapkan di bawah Bidang Keberhasilan
Utama Negara (NKRA).Tujuh NKRA berkenaan adalah Menangani Kos Sara Hidup
Rakyat, Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah,
Mempertingkatkan Infrastruktur Luar Bandar, Mempertingkatkan Pencapaian
Pelajar, Mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar, Merujuk Inisiatif
Membanteras Rasuah dan Mengurangkan Kadar Jenayah.
Selain itu, GTP juga mengandungi komponen MKRA yang
diwujudkan bagi menangani matlamat pembangunan yang tidak termasuk dalam
NKRA.Setelah selesainya pelaksanaan dalam fasa pertama perubahan– atau lebih
dikenali sebagai GTP 1.0 – setiap NKRA telah melaporkan perubahan yang ketara
dalam bidang masing-masing. Tapi, ia masih terlalu awal untuk kita selesa
dengan kejayaan ini kerana perjalanan dalam cerita transformasi Negara masih
lagi jauh. Hasil inisiatif-inisiatif kini boleh dilihat dalam laman web ini dan
penerbitan-penerbitan yang lain.
Bagaimanapun dalam perbincangan ini akan menekankan kepada
empat daripada 7 tonggak utama yang ditetapkan di bawah Bidang Keberhasilan
Utama Negara (NKRA) iaitu Menangani Kos Sara Hidup Rakyat, Mempertingkatkan
Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah, Mempertingkatkan Infrastruktur
Luar Bandar, Mempertingkatkan Pencapaian Pelajar, Mempertingkatkan Pengangkutan
Awam Bandar, Merujuk Inisiatif Membanteras Rasuah dan Mengurangkan Kadar
Jenayah.
MEMPERTINGKATKAN PENCAPAIAN PELAJAR
Program Transformasi Kerajaan (GTP) dalam mempertingkatkan
pencapaian pelajar memberi kebaikan kepada setiap anak Malaysia. Setiap pelajar
akan mendapat permulaan pembelajaran yang seawalnya dalam hidup mereka.Selain
itu, NKRA telah mempertingkatkan Pencapaian Pelajar, enrolmen prasekolah telah
berjaya ditingkatkan jumlahnya kepada hampir 770 ribu pada 2012 atau 80 peratus
kohort umur berkenaan. Ini merupakan satu peningkatan jika dibandingkan dengan
angka pada tahun 2009, di mana hanya, 67 peratus kohort umur tersebut
berpeluang mendapat pendidikan prasekolah. Pada tahun 2012, kita juga telah berjaya mengeluarkan 164 atau
lebih 40 peratus sekolah-sekolah daripada kumpulan berprestasi rendah atau apa
yang dikelaskan sebagai jaluran 6 dan 7 kepada jaluran yang lebih baik yakni
jaluran 1 hingga 5.
Program Tranformasi Kerajaan (GTP), yang dilancarkan oleh
Perdana Menteri Datuk Seri NajibTun Razak pada April 2009, terbukti
menghasilkan kejayaan yang pantas dan besar yang tidak pernah berlaku sebelum
ini, sekali gus memberikan impak yang positif terhadap jutaan rakyat. Disamping
itu,Kerajaan telah mengumumkan NKRA Pendidikan dan seterusnya mengambil
beberapa langkah dan tindakan yang progresif untuk transformasi pendidikan nasional untuk menjadikan rakyat Malaysia
bersedia menghadapi cabaran global dengan lebih berjaya dan berkesan. Antara
kejayaan NKRA Pendidikan adalah seperti berikut, Sistem ranking komprehensif
pertama diperkenalkan bagi menjejaki prestasi setiap sekolah menengah dan
rendah untuk memastikan pembangunan sekolah yang berkualiti dalam sistem
tersebut. Lebih 700,000 kanak-kanak dalam kumpulan umur 4+ dan 5+ tahun mampu
memasuki prasekolah dalam tempoh setahun iaitu peningkatan seramai 54,569
kanak-kanak prasekolah sejak tahun 2009. Sebanyak 14 sekolah menengah dan enam
sekolah rendah mewujudkan senarai Sekolah Berprestasi Tinggi Malaysia yang
julung-julung kalinya. Berjaya meningkatkan kadar penyertaan prasekolah kepada
72.42 % iaitu melebihi sasaran 72 % yang ditetapkan untuk tahun 2010. Kadar
literasi murid juga telah meningkat daripada 64 % kepada 85 %. Kadar numerasi
meningkat daripada 73 %%. kepada 91%. Kementerian Pelajaran telah mengumumkan
senarai 20 buah Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun 2010. Bagi tahun 2011
pula, sebanyak 23 buah sekolah lagi telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi
Tinggi.
SK Ulu Lubai, sebuah sekolah di kawasan pedalaman Sarawak,
mendapat pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi pada tahun ini. Dasar 1Murid
1Sukan, Akal yang sihat terletak pada badan yang sihat. Menggunakan khidmat
kepakaran guru penutur jati bahasa Inggeris yang ditempatkan di Institut
Pendidikan Guru. Memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang
memberi penekanan kepada pemupukan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Program transformasi pendidikan teknik dan
vokasional diumumkan. Program pensiswazahan guru yang mensasarkan bilangan guru
siswazah sebanyak 60 % di sekolah rendah dan 90 % di sekolah menengah menjelang
tahun 2015. Perkhidmatan perguruan adalah diperuntukkan dengan lima (5) kaedah
kenaikan pangkat. 403 sekolah rendah , termasuk 300 Sekolah Kebangsaan, 51
SRJK(T) dan 46 SRJK (C) disediakan Bayaran Insentif Tawaran Baru bernilai 15
juta kepada pengetua, guru besar dan warga sekolah yang berjaya melonjakkan
prestasi sekolah masing-masing.
MENGURANGKAN JENAYAH
Permasalahan jenayah merupakan antara masalah sosial yang
menunjukkan peningkatan di kebanyakan bandar di dunia termasuk Malaysia.
Peningkatannya adalah membimbangkan dan mendapat perhatian semua pihak dari
pelbagai peringkat masyarakat di negara ini.Terdapat pelbagai faktor dalam
mempengaruhinya yang meliputi faktor ruangan dan bukan ruangan serta
kecanggihan sains dan teknologi menyebabkan permasalahan ini semakin meruncing,
kompleks dan bersifat global yang semakin sukar dibendung. Menyedari
peningkatan permasalahan ini yang seiring dengan kepesatan pembangunan negara,
pihak kerajaan telah bertindak proaktif melaksanakan beberapa dasar atau
pendekatan dalam membendungnya sejak dari peringkat awal, seterusnya memenuhi
hasrat masyarakat yang ingin hidup bebas, aman damai serta sejahtera daripada
sebarang permasalahan pelakuan jenayah.
Senario Perlakuan Jenayah Di Malaysia
Pelakuan jenayah merupakan antara permasalahan sosial yang
melanda kebanyakan bandar-bandar di dunia sejak lebih daripada 20 tahun dan
peningkatannya adalah dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Namun demikian, tidak
dinafikan perbandaran adalah antara faktor yang banyak mempengaruhi peningkatan
permasalahan jenayah di kebanyakan bandar di dunia dan masalah jenayah semakin
kompleks dan sukar dibendung kesan daripada kemajuan dalam sains dan teknologi.
Seiring dengan kepesatan perbandaran dan kemajuan, Malaysia juga turut
menghadapi permasalahan yang sama. Menurut laporan pihak seperti International
Criminal Police Organization (Interpol), United Nations, Institute for Economic
and Peace (IEP), Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) dan Polis Diraja
Malaysia (PDRM), kadar jenayah negara masih rendah berbanding negara lain.
Diteliti dari segi insiden jenayah bagi setiap 100,000 penduduk bagi negara
terpilih secara perbandingan dengan Afrika Selatan, United Kingdom, Amerika
Syarikat, Singapura dan Hong Kong, Malaysia dilaporkan masih pada kadar rendah
berbanding dengan negara lain iaitu sebanyak 550.1 insiden bagi Malaysia dan
masing-masing sebanyak 4,143.7, 6,498.5, 3,811.7, 606 dan 1,139.0 kejadian
jenayah bagi setiap 100,000 orang penduduk di negara-negara tersebut. Laporan
kajian United Nations pada 2005-2007 ke atas 163 negara bagi pencegahan jenayah
dan dadah, daripada setiap 1000 orang penduduk, hanya melibatkan 6 orang
menjadi mangsa jenayah di Malaysia berbanding 11 orang bagi negara Thailand,
dan masing-masing 30 orang dan 146 orang bagi negara Hong Kong dan New Zealand.
Situasi ini merupakan kesan daripada pelaksanaan dasar atau pendekatan negara
sejak 1980-an lagi.Pasukan polis negara iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga
dilaporkan merupakan antara pasukan polis terbaik dalam kalangan negara membangun
di seluruh dunia. Namun demikian, penelitian ke atas indeks jenayah bagi tempoh
1970-2008, jenayah di Malaysia pada dasarnya menunjukkan trend yang meningkat
sejak 1970-an lagi.
Bagi tempoh 1970-2009, 80 peratus pelakuan jenayah di negara
ini adalah terdiri daripada jenayah harta benda berbanding hanya 20 peratus
melibatkan jenayah.Tahun 2006 dan 2009 memperlihatkan peningkatan masalah
pelakuan jenayah yang ketara dan mendadak dengan jenayah jalanan antara
penyumbang utama menurut pihak PDRM.Hal ini jelas menunjukkan bahawa jenayah
jalanan merupakan antara jenayah yang kritikal dan perlu ditangani kerana
menyumbang dan mempengaruhi peningkatan indeks jenayah negara. Sebagai contoh,
menurut PDRM dalam GTP, 2011; 2012, jenayah curi motosikal menyumbang sebanyak
RM180.9 juta, kereta sebanyak RM 444.9 juta dan van sebanyak RM270.4 juta.
Menurut United Nations International Crime Justice Institute (UNICRI), 2005,
jenayah keganasan hanya melibatkan 25-30 peratus di kebanyakan negara Dunia
Ketiga dan sebahagian besar adalah melibatkan jenayah harta benda. Merujuk
kepada statistik indeks jenayah negara pada keseluruhannya adalah membimbangkan
dan menimbulkan reaksi pelbagai pihak kerana ianya bukan sekadar diunjurkan
terus meningkat selari dengan pertumbuhan penduduk juga menjejaskan
keamanan,keselamatan negara serta menjejaskan kualiti hidup, kerana aspek
keselamatan merupakan salah satu indikator dalam Indeks Kualiti Hidup Malaysia
(IKHM) merujuk IKHM, 2002;2004.
Dasar dan Pendekatan Malaysia Mengurangkan Perlakuan Jenayah
Penelitian dan perbicangan ke atas senario permasalahan
jenayah di Malaysia dari segi trend adalah membimbangkan masyarakat secara
keseluruhannya, sekaligus menjejaskan kualiti hidup penduduk Dalam hal ini,
segelintir masyarakat menuding jari kepada pihak berkuasa polis di atas
kegagalan dan ketidakberkesanan pencegahan jenayah yang dilakukan. Menyedari
kepada peningkatan trend pelakuan jenayah yang mengundang kewujudan
permasalahan sosial dan melambangkan kepincangan negara, pihak kerajaan Malaysia
komited dalam usaha mengurangkan pelakuan jenayah selari dengan pembangunan
negara.Dalam hal ini, pelbagai dasar, usaha dan pendekatan dilakukan bagi
menangani peningkatan pelakuan jenayah seterusnya meningkatkan kualiti hidup
masyarakat secara keseluruhannya.Komited pihak kerajaan dalam hal ini
diperlihatkan sejak pemerintahan mantan Perdana Menteri Ke-4 iaitu Tun Dr
Mahathir Mohamad.Pendekatan awal beliau dalam mengurangkan pelakuan jenayah
diperlihatkan dengan penubuhan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) atau
Malaysia Crime Prevention Foundatiuon (MCPF) pada 1993.Penubuhan MCPF ini telah
membolehkan negara terlibat secara langsung dalam forum berkaitan pencegahan
jenayah yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melalui
Asia Crime Prevention (ACPF) di Shozuka, Jepun.
Selain daripada pendekatan pengenalan MCPF, usaha pihak
kerajaan di bawah kepimpinan beliau terus dilakukan secara berterusan sehingga
menjadikan pengurangan jenayah sebagai teras dan agenda dalam pembangunan negara
iaitu dalam Rancangan Malaysia 5 Tahun selain peningkatan kualiti
hidup.Rancangan 5 tahun merupakan pelan struktur pembangunann negara yang
dibentuk bagi setiap tempoh 5 tahun. Rancangan Malaysia Ke-7 (RMKe-7),
merupakan Rancangan Malaysia pertama yang mula mengetengahkan aspek jenayah
dalam pembangunan Negara.Agenda pengurangan jenayah ini mula diteruskan kepada
RMKe-8, RMKe-9 dan RMKe-10.Dalam RMKe-9 (2006-2010) sebagai contoh, aspek
pengurangan jenayah terkandung dalam Teras Ke-4 iaitu meningkatkan kemampanan
kualiti hidup.Bagi tujuan ini, kerajaan memperuntukkan RM21.2 bilion untuk
keselamatan dan RM4.9 bilion untuk PDRM. Kerajaan komited membelanjakan
berbilion ringgit untuk memantapkan dan menyediakan kemudahan yang terbaik
kepada pihak PDRM seperti membina kuarters dan balai polis (Malaysia,
2006).Dalam RMKe-10 (2011-2015), aspek pengurangan dan pencegahan jenayah
dijelaskan dalam Bab 6 iaitu mewujudkan persekitaran ke arah meningkatkan
kualiti hidup. Bab ini mengandungi 7 perkara dan aspek pengurangan jenayah dan
masyarakat selamat antara aspek yang terkandung iaitu seperti berikut,
Membangunkan kawasan kediaman berdaya maju dan menarik. Membangunkan sistem
pengangkutan awam yang utamakan rakyat. Mentransformasi penjagaan kesihatan –
kualiti hidup. Menyediakan akses kepada perumahan yang berkualiti dan mampu
milik. Menyedia utiliti dan perkhidmatan awam lebih cekap. Menjadikan jalan dan
masyarakat lebih selamat. Menghargai khazanah alam sekitar agenda pengurangan
jenayah tidak sahaja dilakukan semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad,
usaha ini telah diteruskan oleh kepimpinan selepas beliau iaitu Tun Abdullah
Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Ke-5.Semasa kepimpinan beliau, PDRM telah
mengalami perubahan secara besar-besaran melalui penubuhan Suruhanjaya Diraja
Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM (SDPPP) pada tahun 2005.
Objektif penubuhan SDPPP ialah membantu pihak PDRM mengatasi
permasalahan jenayah negara, panduan dalam etika perkhidmatan kepolisan,
pengurusan dan mempertingkatkan kualiti dan mutu kerja PDRM dan anggota PDRM
keseluruhannya dan meningkatkan tahap keyakinan masyarakat terhadap
perkhidmatan PDRM. Pelbagai cadangan terkandung dalam SDPPP dan semenjak
pengenalannya, hampir 85 peratus cadangan yang disyorkan dalam SDPPP telah
dilaksanakan dalam usaha memperkemaskan organisasi PDRM. Selain daripada itu,
pada tahun 2007, Pelan Strategik 5 tahun (PS5T) PDRM (2007-2011) juga beliau
lancarkan semasa sambutan Hari Polis Ke-200 pada tahun 2007. Pelan ini
merangkumi rancangan meningkatkan kualiti perkhidmatan PDRM sebagai pasukan
yang terbilang pada peringkat global seperti yang laporkan Berita Harian, 12
Februari 2008; Utusan Malaysia, 25 Mac 2009. Antara tujuan PS5T adalah seperti
berikut, menurunkan kadar jenayah. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
pegawai polis dalam melaksanakan tugas. Mewujudkan komuniti kepolisan.
Menjalinkan kerjasama dengan masyarakat. Meningkatkan logistik, teknologi
komunikasi dan maklumat (ICT) agar polis dapat menjalankan tugas dengan
sempurna.
Dasar mengurangkan jenayah di negara ini jelas terpancar
melalui komitmen yang ditunjukkan kerajaan semasa pembentangan Belanjawan 2008
yang diumumkan pada 7 September 2007. Dalam hal ini, kerajaan sekali lagi
komited untuk membantu menangani, membanteras jenayah seterusnya menambahbaik
prestasi PDRM dengan melaksanakan beberapa pendekatan iaitu seperti berikut.
Memperuntukkan RM6 bilion. Membekalkan 200 unit kereta nasional dan 1600
komputer kepada pegawai penyiasat dan penolong pegawai penyiasat. Menambahkan pengambilan
60, 000 anggota baru dalam tempoh 5 tahun akan dating. Membekalkan 2000 unit
kereta nasional dan 1600 komputer kepada pegawai penyiasat dan penolong pegawai
penyiasat. Membekalkan 1900 motosikal untuk meningkatkan aktiviti pengawasan
dan rondaan. Memasang lebih banyak kamera litar tertutup (CCTV) yang
dihubungkan ke pusat kawalan. Menyokong usaha sektor swasta mempertingkatkan
kawalan keselamatan di kawasan mereka dengan mempercepetkan elaun modal yang
mana ianya boleh dituntut selepas setahun ke atas pembelian alat kawalan dan
keselamatan(Sinar Harian, 8 september 2007; Berita Harian, 8 September 2007;
Berita Harian, 12 Februari, 2008).
Selain daripada pendekatan-pendekatan di atas, Perdana
Menteri Ke-5 juga telah mengumumkan 6 pendekatan baru dalam membanteras jenayah
semasa lawatannya ke PDRM Bukit Aman pada Januari 2008. Antara yang diumumkan
beliau ialah, mewajibkan pemilik atau penyewa bangunan memasang CCTV.
Peruntukan khas sebanyak RM75 juta untuk memasang kemudahan tersebut di
beberapa kawasan strategik di seluruh negara. Menawarkan pekerjaan secara
kontrak kepada pegawai dan anggota polis yang mempunyai rekod perkhidmatan baik
yang akan bersara dengan tangga gaji yang dinikmati ketika dalam pekerjaan.
Menawarkan pekerjaan secara kontrak kepada pegawai dan anggota yang telah
bersara dengan jawatan terakhir dipegang. Mengambil lebil ramai orang awam
untuk memenuhi jawatan seperti perkeranian, perhubungan awam dan sumber manusia
agar anggota polis dapat menumpukan tugas kepolisan. Menambah pusat latihan
polis. Menyarankan pemaju perumahan menyediakan beberapa pintu rumah kedai
berderet untuk dijadikan balai polis (Berita Harian, 12 Februari 2008).
Selepas tiga minggu lawatan rasmi Perdana Menteri Ke-5 ke
PDRM Bukit Aman, Ketua Polis Negara (KPN) ketika itu iaitu Tan Sri Musa Hassan
telah mengambil beberapa pendekatan yang dilaksanakan secara bersepadu bagi
membanteras jenayah iaitu, Pengambilan 3000 pegawai dan anggota bersara secara
kontrak bermula pada Mac 2008. Fasa pertama membabitkan pengambilan 400 pesara
atau yang akan bersara sehingga akhir Jun. Pembukaan 107 balai polis baru yang
dinamakan sebagai Balai Polis Pengoperasian (BPP). Fasa pertama membabitkan 60
buah balai iaitu di Pulau Pinang, Selangor, Johor dan Kuala Lumpur.Baki 47 buah
balai polis lagi dibuka secra berperingkat mulai 15 Mac dan 15 April 2008.
Balai polis ini beroperasi di rumah kedai atau komersial dan diketuai oleh
seorang Sarjan, seorang Koperal, 6 orang Lans Koperal/Konstabel.
Membuka 55 pondok komuniti polis. Pondok polis ini diberi
tumpuan ke atas empat negeri seperti Johor, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala
Lumpur. Pondok komuniti ini beroperasi di taman perumahan yang disewa. Pondok
komuniti ini diketuai oleh 2 orang Lans Koperal/ Konstabel dan beroperasi 24
jam untuk membolehkan penerimaan laporan atau aduan daripada orang awam. Bagi
konteks ini, anggota keluarga petugas juga tinggal bersama di kawasan
operasi.Pembukaan balai polis dan pondok komuniti adalah bertujuan merapatkan
hubungan polis dengan masyarakat, masyarakat merasai dan melihat kehadiran
polis di persekitaran mereka dan secara psikologinya juga adalah bagi
mewujudkan perasaan takut dalam kalangan pelaku jenayah. Prosiding Persidangan
Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 229. Mengambil 500 pegawai dan anggota
polis bersara secara kontrak sebagai pensyarah/tenaga pengajar di Maktab PDRM
di Kuala Lumpur dan 13 pusat latihan polis di seluruh negara.
Mengecilkan pentadbiran Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) yang
terlalu luas kawasan pentadbirannya agar tugas membanteras jenayah di sesuatu
kawasan dapat dilakukan dengan lebih mudah dan berkesan. Membahagikan semua
balai polis di bandar utama kepada empat kategori agar nisbah seorang anggota
polis bagi 250 orang penduduk. Pengkategorian tersebut meliputi Kategori A
seramai 250 orang anggota, kategori B seramai orang 200 anggota, dan kategori C
dan D masing-masing seramai 160 orang dan 60 orang anggota. Menggunakan pusat
latihan awam bagi melatih dan merekrut anggota baru agar pengambilan dapat
ditingkatkan kepada 7000 orang setahun berbanding hanya 3000 anggota setahun
ketika ini (Berita Harian, 12 Februari 2008).
Merujuk kepada dasar-dasar serta pendekatan yang
dilaksanakan oleh kerajaan di bawah kepimpinan mantan Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi, jelas bahawa keduanya komited
dalam mengurangkan permasalahan pelakuan jenayah negara dari peringkat awal.
Justeru itu, dasar dan pendekatan ini dilakukan secara berterusan sehingga
kepada kepimpinan Perdana Menteri Ke-6 iaitu Datuk Seri Najib Tun Haji Abdul
Razak.Walaupun pelbagai pendekatan dilakukan kerajaan dalam menangani masalah
jenayah di peringkat awal, namun masih kurang berkesan dalam mengurangkan
jenayah sehingga aspek jenayah antara bidang keutamaan dalam pembentukan Bidang
Keberhasilan Utama Negara atau National Key Result Area (NKRA) di bawah
pelaksanaan Program Transformasi Kerajaan atau Government Transformation
Programme (GTP)(PEMANDU, 2012).Melalui pelaksanaan NKRA dalam mengurangkan
jenayah iaitu pada akhir tahun 2009, kadar jenayah di seluruh negara
menunjukkan penurunan mendadak bagi tempoh pelaksanaanya. Kejayaan terbesar
dalam pengurangan jenayah dibuktikan melalui pengurangan sebanyak 15 peratus
bagi indeks jenayah dan 35 peratus jenayah jalanan iaitu melebihi sasaran yang
ditetapkan pada tahun 2010 iaitu masing-masing sebanyak 5 peratus dan 20
peratus. Pada tahun 2009, sebanyak 209, 817 kes indeks jenayah dicatatkan dan
berkurangan kepada 177,520 kes pada tahun 2010 dengan kadar pengurangan
sebanyak 32, 297 kes atau 15 peratus. Jenayah jalanan pula mengalami penurunan
sebanyak 35 peratus bagi tempoh yang sama, iaitu pada 2009 sebanyak 38,030 kes
jenayah jalanan dicatatkan telah berkurangan kepada 24, 837 kes dengan kadar
pengurangan kes sebanyak 13,193 kes (KDN, 2011; GTP, 2011).
Sebagai pengukur kepada laporan kejayaan NKRA, Sesi Panel
Penilai Antarabangsa (Reducing Crime International Panel Review Session) telah
dianjurkan di negara ini. Melalui maklum balas yang diterima, pihak panel luar
kagum dengan pendekatan dilakukan negara terutamanya Program Omnipresence
(meningkatkan kehadiran polis), Program Bandar Selamat dan Kepolisan Masyarakat
(Community Policing) adalah sesuatu yang tepat dan signifikan dalam
mengurangkan jenayah. Jawatankuasa Penilaian Antarabangsa atau International
Panel Review (IPR) yang dilantik berhubung pencapaian GTP 2011, menjelaskan
bahawa kadar jenayah nyata telah berkurang dengan ketara dan terus berkurang
serta mengakui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue
Ocean Strategy telah membolehkan Malaysia mencapai hasil yang membanggakan
dalam mengurangkan jenayah dengan ketara pada kadar 15 peratus dan 11 peratus
dalam tempoh pelaksanaan NKRA.
Selain daripada itu, dasar pengurangan jenayah juga turut
diberi penekanan dalam Belanjawan 2013 yang diumumkan pada 28 September 2012.
Belanjawan ini juga memberi penekanan kepada aspek mengurangkan kadar jenayah
bagi mewujudkan kejiranan yang selamat. Bagi tujuan ini, sebanyak RM591 juta
diperuntukkan melalui pelaksanaan 4 pendekatan seperti berikut. Menambah
bilangan perjawatan Polisdan menambah ahli anggota pasukan sukarelawan polis
sebanyak 10,000 orang bagi membolehkan polis melaksanakan tugas-tugas rondaan
dan pencegahan jenayah. Mewujudkan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dengan
memperuntukkan sebanyak 1,000 buah motosikal disalurkan bagi menjalankan
rondaan di kawasan perumahan. Pemasangan sebanyak 496 unit Alat Kawalan
Keselamatan CCTV di kawasan PBT dengan mengurangkan intensif cukaibagi
pemasangan alat keselamatan tersebut. Peruntukan RM 40 juta bagi rondaan di
kawasan kejiranan. Geran RM10,000juga diberikan kepada 4, 025 persatuan
penduduk berdaftar.
Menurut Naib Pengerusi MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye,
keempat-empat pendekatan yang dilaksanakan kerajaan dalam mengurangkan jenayah
di negara ini akanmeningkatkan imej dan usaha polis bagi menangani
jenayah.).Selain daripada itu, meningkatkan keselamatan dan ketenteraman awam
melalui pengurangan jenayah juga telah menjadi agenda dalam manifesto
pilihanraya (PRU-13) di negara ini yang lebih dikenali sebagai ‘Aku Janji’.Hal
ini kerana peningkatan kesedaran kesan daripada isu pencerobohan sehingga aspek
keselamatan diberi penekanan. Antara yang diberi penekanan dalam tempoh 5 tahun
selepas kemenagan kerajaan pimpinan Barisan Nasional adalah seperti berikut,
meningkatkan jumlah tenaga kerja PDRM dengan tambahan 4,000 anggota polis pada
setiap tahun. Memasang lampu di jalan-jalan, lorong-lorong dan laluan bagi
mengurangkan jenayah jalanan. Mengukuhkan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) PDRM
dengan menambah 5000 buah kenderaan tambahan. Menambah baik kebajikan,
profesionalisme dan keupayan Polis, angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Meningkatkan keupayaan keseluruhan ATM bagi
menangani apa jua pencerobohan dan ancaman luar. Mempertahankan dan
memperkuatkan Suruhanjaya Polis. Menggunakan Sistem 6P untuk mengekang
pendatang asing tanpa izin. Mewujudkan Program SafeCam untuk menghubungkan
sistem CCTV swasta dengan awam. Mengembangkan secara meluas penggunaan CCTV
bagi memantau kawasan laluan awam yang sibuk seperti tempat letak kereta,
kawasan riadah, pasar malam dan sekolah. Memperkenalkan inisiatif keselamatan
di kawasan skim perumahan awam. Pengambilan tambahan 5000 anggota Pasukan
Sukarelawan Simpanan Polis untuk membantu PDRM membuat rondaan dan menjadikan
persekitaran lebih selamat (Buku Manifesto BN, 2013- Rakyat didahulukan:
Menepati Janji Membawa Harapan).
Dalam keghairahan negara melaksanakan dasar dan pendekatan
bagi memacu pertumbuhan sosio-ekonomi dan politik negara, negara telah
dikejutkan dengan isu pencerobohan di Lahad Datu Sabah pada 12 Februari 2013.
Pencerobohan ini bukan sekadar menggugat kestabilann politik negara, juga
menjejaskan keharmonian hubungan diplomatik antara negara Filipina dan
Malaysia, seterusnya menggemparkan seluruh rakyat Malaysia yang mana telah
mengorbankan anggota polis dan tentera Malaysia. Isu pencerobohan ini telah
menjadi ikhtibar kepada negara dalam usaha memperkukuhkan keselamatan sempadan
negara khususnya di Sabah. Lantaran daripada peristiwa ini, kepimpinan negara
di bawah Datukk Seri Najib Tun Haji Abdul Razak telah mengumumkan Kawasan
Keselamatan Khas (SSA) yang kemudiannya dinamakan Kawasan Keselamatan Khas
Pantai Timur Sabah atau Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) ditubuhkan dan
diumumkan pada 7 Mac 2013. Kawasan ini merangkumi daerah seperti Kudat, Tawau,
Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.Pengwujudan kawasan ini adalah bertujuan
meningkatkan keselamatan negeri Sabah.Penubuhan kawasan ini merupakan penyelarasan
kerjasama antara tiga komponen, iaitu penduduk setempat, pasukan tentera dan
pihak polis bagi membanteras ancaman pengganas.Serentak dengan pelaksanaan
ESSCOM, 3 pusat pemeriksaan Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS)
diwujudkan dan akan beroperasi di kawasan ESSCOM iaitu di Kudat, Lahad Datu dan
Pos Kawalan Imigresen Bersepadu Kerakit Pulau Bangi.
Selain menubuhkan ESSCOM, kepimpinan negara juga mewujudkan
Zon Selamat Sabah Timur atau Eastern Sabah Safety Zone (ESSZONE) yang diumumkan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa sambutan Hari Polis Ke-206 di
Pusat Latihan Polis (PULAPOL) selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong
di bawah Ordinan Pemeliharaan Keselamatan Awam 1962.Peraturan-peraturan yang
diwujudkan di bawah ordinan Pemeliharaan Keselamatan Awam 1962, tidak
memberikan sebarang kuasa tambahan kepada pihak polis.Kuasa polis sedia ada
sudah mencukupi untuk menangani permasalahan yang ada.Penubuhan ESSZONE
berkuatkuasa pada 25 Mac 2013 yang meliputi 10 daerah di Sabah iaitu daerah
Kudat, Pitas, Kota Marudu, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak,
Semporna, Tawau. ESSZONE ditadbir oleh Jawatankuasa Zon Selamat Sabah Timur
yang ditubuhkan menurut Peraturan Keselamatan Awam 2013. Jawatankuasa ini
dipengerusikan Ketua Menteri Sabah dan dibantu seorang Ketua Pegawai Eksekutif
(Chief Executive Officer) serta anggota lain. Jawatankuasa ini bertanggungjawab
kepada Jawatankuasa pemantau yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Haji Abdul Razak.Pegawai Eksekutif yang dilantik merupakan
seorang pegawai awam yang bertanggungjawab menyelaras, mengawa selia fungsi dan
aktiviti pasukan keselamatan yang berkaitan dengan ESSZONE.Terdapat 5 batalion
pasukan keselamatan ditempatkan di ESSZONE termasuk Angkatan Tentera Malaysia
(ATM) dengan penambahan 1 briged Pasukan Gerakan AM Polis (PGA).
Pengisytiharan ESSZONE bukannya pengisytiharan darurat di
bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.Penubuhan ESSZONE merupakan
pendekatan holistik dan bukan pendekatan ketenteraan semata-mata yang.Antara
objektif penubuhan ESSZONE adalah seperti berikut, memberi asas perundangan
kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM). Memelihara hak
demokratik dan proses demokrasi penduduk Sabah serta mengukuhkan keselamatan,
ketenteraman awam dan kesejahteraan di kawasan Timur Sabah. Meningkatkan tahap
keselamatan di Sabah- bagi memastikan tidak ada pihak mengambil kesempatan
terhadap kemelut di Lahad Datu (Harian Metro, 26 Mac 2013; Buku Hari Polis
Ke-206, 2013).
Berdasarkan perbincangan dan tinjauan ke atas dasar
mengurangkan permasalahan pelakuan jenayah di Malaysia, jelas ditunjukkan
bahawa pemimpin Malaysia komited dalam mengurangkan jenayah. Ketiga-tiga tokoh
kepimpinan yang menerajui negara mempunyai matlamat sama membawa negara ke arah
negara maju dan terbilang di persada dunia walaupun dalam era kepimpinan dan
pendekatan yang berbeza. Pendekatan Tun Dr Mahathir Mohamad dapat dianggap
sebagai batu asas dalam dasar pengurangan jenayah di Malaysia di peringkat global,
Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi sebagai pemimpin yang memperkasa PDRM bagi
membolehkan keselamatan rakyat dan negara terus utuh dan Datuk Najib Tun Haji
Abdul Razak berperanan bagi memperkukuh dan mentransformasikan agenda aspek
keselamatan negara ke arah yang lebih dinamik dan inklusif. Kegigihan dan
komitmen kepimpinan negara dan kerajaan mengurangkan pelakuan jenayah mendapat
pengiktirafan pelbagai pihak dan agensi samada dalam dan luar negara dan
merupakan petunjuk kepada kejayaan dan keberkesanan dasar atau pendekatan yang
dilakukan negara.Kejayaan pengurangan jenayah ini dapat menjana kepada
pertumbuhan dan pembangunan sosio-ekonomi ke arah negara yang lebih kompetatif
dalam persaingan ekonomi global.
MENANGANI KOS SARA HIDUP RAKYAT
Gambaran Keseluruhan NKRA Menangani Kos Sara Hidup
NKRA COL telah menyampaikan hasil yang pantas kepada kelas
pekerjaan dan pertengahan negara yang diperkenalkan dalam bulan Julai 2011.Oleh
kerana NKRA ini bertujuan untuk menawarkan bantuan segera kepada rakyat melalui
langkah segera, sementara menilai strategi yang akan menangani kenaikan kos
sara hidup untuk jangka masa panjang disebabkan harga makanan dan tenaga global
terus meningkat dan memberi kesan ke atas kos sara hidup kepada kebanyakan
rakyat Malaysia.Kerajaan telah membantu lebih 5 juta isi rumah dan lebih 6 juta
pelajar sekolah rendah menengah dan pengajian tinggi dengan membiayai kos sara
hidup dalam pelbagai cara. Tambahan lagi, menerusi inisiatif-inisiatif seperti
Klinik 1Malaysia, Kedai rakyat 1Malaysia (KR1M) and Menu Rakyat 1Malaysia,
rakyat kini mempunyai akses kepada kos hampir percuma terhadap rawatan
perubatan, 30-40% barangan runcit yang lebih murah dan makanan yang berpatutan.
NKRA COL telah mencatatkan sejumlah Kejayaan Besar. Selain itu,
usaha-usaha yang diambil telah mendorong kerajaan untuk merumuskan
langkah-langkah di bawah GTP 2.0 yang akan membantu meringankan beban rakyat
secara mampan.
Kelebihan Kos Sara Hidup Rakyat
Program Transformasi Kerajaan (GTP), yang memasuki fasa kedua
pelaksanaannya tahun ini, terus memberikan manfaat kepada rakyat pelbagai
lapisan terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.Rakyat turut
merasai kesan daripada pelaksanaannya, apatah lagi tujuh BidangKeberhasilan
Utama Negara (NKRA), termasuk NKRA menangani Kos Sara Hidup rakyat,yang
terkandung dalam program berkenaan selepas tiga tahun kerajaan memulakan
inisiatif GTP.Sehubungan dengan itu,kerajaan telah membelanjakan RM2.34 bilion
untuk program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sejak diperkenalkan akhir 2011
dan memberi manfaat kepada lebih enam jutamrakyat atau hampir 25 peratus
daripada jumlah penduduk negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika
membentangkan Bajet 2014,Oktober lepas, berkata pemberian BR1M kepada isi rumah
berpendapatan bulananRM3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada
RM650, manakala bagiindividu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang
berpendapatan tidak melebihiRM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan
daripada RM250 kepada RM300.Sebagai tambahan, buat pertama kalinya BR1M 3.0
akan diperluas kepada isirumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga
RM4,000 dengan nilaibantuan sebanyak RM450.Selain itu, program bantuan
persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah danpelajar sekolah menengah
pula diteruskan mulai Januari 2013 dengan peruntukanRM540 juta. Kerajaan juga
meneruskan program Baucar Buku 1Malaysia kepada pelajarinstitusi pengajian
tinggi dan prauniversiti dengan nilai baucar dinaikkandaripada RM200 kepada
RM250.
Dari segi pendidikan berkualiti dan berkemampuan, kerajaan
menyediakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bagi
memperkasa sistem pendidikan negara
secara berterusan supaya dapat meningkatkan daya saing negara pada peringkat
global. Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan
Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco) Dr Irina Bokova berkata PPPM yang
dilancarkan pada September juga menjadikan Malaysia sebagai contoh baik dan ia
boleh diaplikasi serta berguna untuk negara anggota Unesco yang lain.Menurut
Laporan Ekonomi 2013/2014, kerajaan menyediakan peruntukan RM450juta di bawah
NKRA Pengurangan Jenayah dan sejumlah RM24.5 juta diperuntukkanbagi pembelian
1,000 unit motosikal 250cc untuk Unit Rondaan Bermotosikal (URB)Projek
pembangunan infrastruktur asas luar bandar dengan ini kerajaan telah
membelanjakan RM145 bagi GTP 2.0 dan daripada jumlah itu, RM137 juta
diperuntukkanuntuk program Kampung Abad ke-21 dan Desa Lestari, manakala RM8
juta untukProgram Ladang berskala besar bagi kampung-kampung di luar
bandar.Sasaran kerajaan tahun ini adalah untuk membina sepanjang 441 kilometer
(km)jalan luar bandar dan menambahbaik sepanjang 730 km jalan luar bandar
dalamprogram penyelenggaraan luar bandar.
Selain itu, kerajaan akan menyediakan bekalan air kepada
24,000 buahrumah dan penyediaan bekalan elektrik kepada 19,811 buah rumah luar
bandar diseluruh negara. Projek Rimbunan Kasih (PRK), satu program transformasi
kerajaan bagimemajukan masyarakat luar bandar, adalah bukti kerajaan membela
nasib rakyatuntuk keluar daripada kepompong kemiskinan. Projek bersepadu
termasuk di Terengganu, Perlis, Sabah dan Pahang itu menggabungkan perumahan
dan projek pertanian yang didirikan di kawasan seluas 12 hektar bagi
menempatkan kira-kira 100 keluarga berpendapatan rendah dan asnaf.
Malaysia juga diyakini boleh menjadi industri lokomotif
rantau Asiadengan pembukaan kilang lokomotif dan gerabak di Perak, di bawah
projekpembangunan kejuruteraan dan teknologi maju rel Malaysia.Kilang yang
dibuka syarikat Kumpulan CSR dari China itu menjanjikan 800peluang pekerjaan
awal di bawah pelaburan fasa pertama sebanyak RM400.
Jawatankuasa Khas Tangani Kos Sara Hidup Dibentuk
Penubuhan sebuah Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup
yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin
bagi menangani isu kenaikan kos sara hidup rakyat dan harga barang
secara bersepadu.Timbalan perdana menteri berkata, penubuhan jawatankuasa itu
yang merupakan lanjutan daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
Menangani Kos Sara Hidup, dan diperluas skop dan peranannya, diputuskan pada
mesyuarat Kabinet 8Jan lepas.Terdapat beberapa peranan jawatankuasa itu
antaranya ialah menyelaras pelaksanaandasar dan program pelbagai kementerian
dan agensi terlibat dalam usahamengurangkan beban rakyat.Beliau berkata
jawatankuasa itu juga akan bekerjasama dengan jawatankuasa Dasar Fiskal yang
dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, khususnya dalam
meneliti dasar cukai kerajaan dan rasionalisasi subsidi.
“Hasil kajian akan diuar-uarkan kepada umum melalui pelbagai
media bagimemudahkan rakyat membuat perbandingan dan faham mengenai realiti
sebenarkenaikan harga,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari
ini.Muhyiddin berkata ia termasuk kajian berkaitan kenaikan harga yang
tiadakaitan dengan langkah konsolidasi fiskal, tetapi berpunca daripada isu
strukturpasaran, termasuk isu bekalan serta sistem pemasaran.Jawatankuasa itu
juga akan melaksanakan kajian sektorial mengenai kesansebenar kenaikan kos
input terhadap peningkatan harga barang keperluan danseterusnya membuat unjuran
kenaikan harga barang yang munasabah dan berpatutan,katanya.
Beliau menjelaskan bahawa jawatankuasa itu juga akan
mengadakan perbincangandengan persatuan-persatuan pengguna dan wakil sektor
perniagaan, sertapertubuhan bukan kerajaan yang berkaitan, bagi memahami dan
menangani isuberkaitan dengan pembekalan barang perkhidmatan, rantaian bekalan,
persaingan,penguatkuasaan dan faktor lain yang menentukan harga
barangan.Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan(KPDNKK)
akan bertindak sebagai sekretariat serta peneraju jawatankuasa itu,manakala
lain-lain kementerian dan agensi relevan seperti KementerianPertanian dan
Industri Asas Tani, Kementerian Pengangkutan dan sebagainyadilantik sebagai
anggota.
Sementara itu, Muhyiddin berkata kerajaan turut memutuskan
untuk mewujudkansebuah makmal khas selama dua minggu bermula hari ini untuk
mengkajilangkah-langkah bagi mengurangkan beban rakyat.
Kelemahan GTP kepada rakyat peibagai lapisan
Kos Sara Hidup Tinggi
Pada tahun 2014 disambut dengan keluhan rakyat mengenai
peningkatan kos sara hidup. Biarpun
laporan beberapa agensi penarafan kredit antarabangsa menunjukkan penilaian
stabil, positif dan memberangsangkan, namun keluhan rakyat masih belum reda,
malah semakin kuat.Laporan The Edge pada 24 Disember 2013 menyatakan bahawa
Malaysia ditangga pertama dalam senarai Bank Dunia dari segi kemudahan kredit
bagi syarikat kecil dan sederhana. Bank
Dunia juga yakin yang Malaysia amat berpotensi untuk menangani risiko secara
efektif.
Laporan The Edge ini yang positif ini dilihat konsisten
dengan rekod laporan Bank Negara yang turut menunjukkan angka yang
memberangsangkan. Pada 31 Disember
2013, rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM441.7 bilion (bersamaan
denganUSD134.9 bilion) yang mana memadai
untuk membiayai 9.6 bulan import tertangguh dan 3.7 kali hutang luar negeri
jangka pendek.Jumlah tersebut merupakan peningkatan sebanyak RM14.5 bilion
berbanding tahun 2012 yang hanya
merekodkan jumlah RM427.2 bilion.Kedudukan rizab yang lebih tinggi mencerminkan
lebihan akaun semasa yang berterusan dan kemasukan pelaburan langsung asing,
dana portfolio bukan pemastautin dan dana perbankan yang memberangsangkan.
Berdasarkan Bajet 2014 yang dibentangkan pada Oktober lepas,
pertumbuhan yang dipacu oleh pelaburan swasta dijangka meningkat sebanyak 12.7%
dan permintaan eksport pula meningkat pada kadar 2.5%. Oleh itu, kerajaan menjangkakan ekonomi
negara akan berkembang lebih kukuh pada kadar 5% hingga 5.5% tahun ini. Selain itu, sektor pembinaan dianggar
meningkat pada kadar 9.6 peratus dan sektor perkhidmatan pula sebanyak 5.7
peratus.Kerajaan juga menjangkakan kadar pengangguran pada 3.1% dengan kadar
inflasi pada 2%-3% 2014.
Pada Disember 2013 kadar inflasi telah mula meningkat
melebihi 3%. Januari ini, inflasi
Malaysia berada pada kadar 3.2%.
Standard Chartered Bank (StanChart) South East Asia Global Research
melaporkan bahawa kadar inflasi dijangka mencapai 3.4% selama 9 bulan pertama
tahun ini.Di masa yang sama, ekonomi dijangka tumbuh sehingga 3.5% pada tahun
ini berbanding 2.7% tahun lepas dan GDP juga dijangka tumbuh pada kadar 5.3%
berbanding jangkaan awal 4.7%.Malangnya, laporan dan angka positif nampaknya
tidak dapat menenangkan hati rakyat apabila harga barangan pengguna meningkat
daripada 2.9% pada November lalu kepada 3.2% tahun ini.
Penyelidikan telah dibuat oleh Reuters menjangkakan harga
barangan akan terus meningkat lagi.
Peningkatan ini adalah kesan langsung dari langkah pengurangan subsidi
oleh kerajaan.Selain itu, sejak Disember lepas, Ringgit Malaysia terus jatuh
berbanding British Pound, US Dollar dan Chinese Renminbi yang mana menjadikan
nilai import dari negara-negara tadi menjadi lebih tinggi.Keadaan menjadi lebih
buruk apabila terdapat peniaga yang bertindak meningkatkan harga barangan
sewenang-wenangnya sebagai mengambil kesempatan dari isu pengurangan
subsidi. Pihak pembangkang pula
menangguk di air keruh dengan menjadi dalang bagi menambahkan lagi keresahan
rakyat.
Namun, di sebalik angka-angka dan keluhan serta rungutan
yang didengari, seorang rakyat Malaysia pastinya berbohong jika menyatakan yang
beliau perlu melakukan perubahan drastik bagi mengimbangi kos kenaikan sara
hidup pada hari ini.
Walaupun saban hari merungut mengenai harga barang di laman
sosial, hampir tiada seorang pun dari mereka yang perlu melakukan apa-apa
perubahan demi meneruskan kelangsungan hidup.
Dalam kata lain, mereka masih meneruskan rutin seperti biasa, berborak
di kedai mamak berjam-jam walaupun mulut mengomel yang harga teh tarik semakin
mahal. Sekali gus, membuktikan yang
mereka mampu menangani kenaikan itu.Justeru, walaupun tiada kajian terperinci
mengenai berapa ramai rakyat Malaysia yang terpaksa menukar cara hidup bermula
awal tahun ini akibat kenaikan kos sara hidup, tetapi kita tahu bahawa keadaan
sebenarnya tidaklah seburuk seperti yang dirungutkan.
Hakikatnya, kerajaan tidak mungkin akan terlepas pandang
sekiranya rakyat benar-benar tertekan kerana ia pasti akan memberi kesan buruk
kepada kedudukan ekonomi negara secara keseluruhan. Sedangkan, kedudukan ekonomi negara amatlah
memberangsangkan.Keadaan rakyat yang tertekan akan diterjemahkan melalui
kedudukan institusi kewangan yang akan turut tertekan di mana jumlah pinjaman
tidak berbayar akan meningkat dan daya beli pengguna akan menurun sehingga
peniaga kerugian. Aktiviti ekonomi
seperti pembangunan dan perniagaan akan semakin perlahan dan mungkin terhenti
terus. Pengangguran pastinya meningkat
sekali gus, menggandakan kesan rangkaian tadi.
Kesan seperti ini telah dilihat berlaku ketika krisis
ekonomi 1997/98.Namun, kesan seperti ini tidak berlaku pada hari ini. Seperti yang dikatakan tadi, harga barangan
yang meningkat masih tidak memaksa rakyat untuk mengubah cara hidup. Ini bermakna kenaikan yang berlaku berada di
kadar yang bersesuaian dan tepat.Rakyat perlu memahami dan mengakui hakikat ini
sebelum menghalakan kemarahan kepada kerajaan.
Seharusnya rakyat membantu kerajaan untuk memburu peniaga yang sengaja
mengambil kesempatan dengan menaikkan harga secara tidak masuk akal dan
bukannya turut membantu mereka memburukkan kerajaan.
Kesimpulannya, peningkatan kos sara hidup adalah realiti,
bukan fantasi. Namun, peningkatan
tersebut adalah pada kadar yang sesuai dan mampu ditanggung oleh rakyat
Malaysia. Oleh itu adalah salah untuk
kita menyalahkan kerajaan kerana apa yang dilakukan oleh kerajaan adalah tepat
iaitu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara tanpa menjejaskan rutin hidup
rakyat.
Harga Naik disebabkan Gaji minimum RM900
Apabila Amerika memperkenalkan gaji minimum lebih kurang 50
tahun dahulu, negara itu telah menyaksikan pengangguran yang meningkat secara
drastik.Bagaimanapun, pada hari ini, apabila jurang tahap pendidikan rakyat
telah diatasi dan kualiti lepasan sekolah tingginya mencapai tahap kelayakan
yang sesuai bagi gaji minima yang ditetapkan, penetapan gaji minimum bukanlah
satu masalah lagi bagi Amerika.
Teruja untuk menjadi negara berpendapatan tinggi, pada tahun
2012, MTUC telah mendesak kerajaan agar melaksanakan gaji minimum RM900. Tanpa
mengambil kira pengarajan dari Amerika, pada tahun yang sama, Pakatan Rakyat
turut mendesak perkara sama tetapi meletakkan tangga minima gaji lebih tinggi
iaitu RM1,100.Desakan ini mendapat kritikan ramai termasuklah Datuk Seri Chua Soi
Lek yang menyatakan bahawa cadangan itu bakal membawa lebih banyak masalah
lain. Ini berdasarkan jurang tahap pendidikan yang begitu besar di kalangan
masyarakat, kualiti lepasan sekolah dan universiti yang kurang memuaskan,
masalah pendatang asing dan juga masalah perkauman yang berkait rapat dengan
jurang tahap pendidikan dan juga kualiti graduan atau lepasan sekolah.
Bagaimanapun, kerajaan nampaknya akur dengan desakan MTUC
dan seolah-olah terdesak untuk menyaingi PR lalu bersetuju dengan gaji minimum
RM900. Sehubungan dengan itu, pada November lalu, kerajaan telah mengumumkan
perlaksanaan gaji minima bermula Januari 2014.Sekali lagi kritikan lantang
terdengar di kalangan blogger, pemerhati politik dan juga negarawan ulung Tun
Mahathir yang tidak bersetuju dengan keputusan itu. Kerajaan diingatkan bahawa
tindakan itu bakal membawa kesan berantai yang tidak baik bagi ekonomi negara.
Peringatan itu nampaknya menjadi nyata apabila para peniaga
mula menaikkan harga barangan sebagai persediaan untuk menanggung kos gaji
pekerja yang meningkat. Dengan perlaksanaan gaji minima, gaji pekerja bawahan
(tanpa kelulusan) yang mungkin sebelumnya RM600 perlu ditingkatkan kepada
RM900.Ini menjadikan pekerja lepasan SPM yang mungkin menerima RM850 perlu
ditingkatkan sekurang-kurangnya kepada RM1150 bagi menyaingi peningkatan
pekerja bawahan tadi.Justeru, gaji pemegang diploma dan ijazah tentulah perlu
ditingkatkan juga.
Peningkatan gaji pekerja-pekerja ini membawa kepada
peningkatan yang drastik dalam kos pengurusan. Itu belum lagi diambil kira kos
pembelian stok dari pembekal yang pastinyaturut meningkat kerana pembekal itu
juga perlu menangani peningkatan kos pengurusan perniagaannya.Perlu diingatkan
juga bahawa semua peningkatan ini belum lagi termasuk kos utiliti di mana
tariff elektrik juga telah meningkat.Oleh kerana matlamat perniagaan adalah
keuntungan, maka peniaga perlu memindahkan kos utiliti, operasi dan pengurusan
yang meningkat itu ke atas bahu pelanggan bagi memastikan matlamat tercapai.
Justeru, akhirnya, kesemua kos ini akan ditanggung oleh
pengguna, iaitu rakyat marhaen.Mereka yang paling terjejas pastinya golongan
menengah di bandar yang tidak dapat mengelak atau mencari alternatif lain bagi
meneruskan kelangsungan hidup. Kalaupun mereka mempunyai majikan yang prihatin
dan menaikkan gaji mereka selaras dengan perlaksanaan gaji minima, ia amat
sukar untuk mengimbangi kos Taska, Tadika, bas sekolah, makanan dan keperluan
lain yang meningkat berkali ganda.
Peniaga pula akan berada dalam keadaan dilema untuk
mengimbangi antara skop kerja dengan jumlah gaji yang wajar diberikan kepada
pekerjanya. Semakin ramai peniaga lebih selesa untuk mengambil pekerja asing
dengan gaji RM900 daripada warga Malaysia lepasan SPM yang tentunya inginkan
gaji lebih tinggi dari itu. Lebih teruk lagi sekiranya pemegang diploma atau
ijazah pula tidak menunjukkan kebolehan setara untuk diberikan gaji mengikut
kelayakan mereka.Apa yang berlaku akan menyebabkan masalah pendatang asing dan
juga pengangguran di kalangan rakyat Malaysia turut meningkat.
Ini adalah kesan rantaian yang seharusnya dikaji terlebih
dahulu sebelum sebarang pengumuman dibuat dan sebelum tunduk kepada desakan
mana-mana pihak.Kesan rantaian ekonomi adalah pengetahuan asas yang seharusnya
difahami oleh pihak pencadang dan perancang dasar kerajaan. Oleh itu, inilah
disarankan agar makmal atau bengkel atau apa saja badan untuk mengkaji sebarang
keputusan, perlu diwujudkan sebelum pengumuman dibuat, dan bukannya selepas
diseranah oleh rakyat.
Bertitik-tolak dari itu, inilah disarankan agar perkara
utama yang perlu diatasi terlebih dahulu oleh kepimpinan ialah masalah ‘tidak
mengkaji dan tidak faham ekonomi asas’ di kalangan para penasihat atau
perunding yang membentangkan cadangan dan membuat keputusan untuk kerajaan.
Walaupun pahit untuk ditelan, namun hakikatnya, rakyat tertanya-tanya, apakah
mereka ini langsung tidak punya pengalaman dan pengetahuan tentang apa yang
mereka lakukan? Sedangkan, pengurusan ekonomi negara tidak boleh menggunapakai
strategi ‘trial and error’ atau ‘guess and check’.
Kita tidak mahu melihat sebarang tindakan atau kenyataan
‘flip-flop’ lagi dari kerajaan yang mampu membuka ruang kecaman sekali gus
menimbulkan ketidakyakinan rakyat. Malaysia tidak mampu membiarkan kerajaan
sedia ada terus lemah dan semakin lemah.Sedarlah bahawa kekukuhan ekonomi
negara bukan lagi jaminan kekuatan parti memerintah.Kadangkala, kedudukan
ekonomi negara yang baik belum tentu menjamin rakyat hidup sejahtera.
Sejarah Britain di bawah pemerintahan Margaret Thatcher
wajar dijadikan pengajaran di mana ketika ekonomi negara itu dikatakan pulih
dan semakin kukuh, rakyat terus mengecam dan menentang dasarnya. Kerajaan
Thatcher dikatakan mengutamakan ‘majikan’ dari ‘pekerja’ atau ‘peniaga’ dari
‘pengguna’. Akhirnya, Thatcher menjadi sasaran kutukan rakyat dan liabiliti
kepada partinya.Sudah tentu kita tidak mahu perkara yang sama berlaku pada Malaysia.Kita
yakin semua perunding, penasihat dan pegawai-pegawai yang terlibat dalam
merangka dasar kerajaan cukup arif tentang sejarah kepimpinan Thatcher.Justeru
itu, inilah diseru agar semua yang terlibat mengambil pengajaran dari sejarah
dan jika perlu, rujuklah kepada yang berpengalmaan. Kesimpulannya, dalam isu
gaji minima ini, wajarlah kerajaan memikirkan semula dengan lebih mendalam
sebelum meneruskannya.
Pengurangan Subsidi
Menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) pengurangan subsidi
dan kenaikan tarif elektrik serta tol sangat perlu untuk memastikan ekonomi
negara kekal kukuh dan membolehkan dana awam digunakan secara berhemah.Dalam
satu kenyataan, Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak, Datuk Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad mengakui kenaikan kos sara
hidupmerupakan tindakan yang tidak popular bagi sesetengah pihak, namun
kenaikan harga barangan adalah ‘untuk kebaikan orang ramai’.
“Bagi membolehkan ekonomi Malaysia kekal kukuh, kita perlu
memastikan rakyat kita berbelanja secara berhemah.Ini dapat dilakukan dengan
kenaikan beberapa perkhidmatan serta mengurangkan subsidi.Ada pendekatan yang
digunakan mungkin tidak popular namun untuk jangka masa sederhana ia memberi
kesan yang baik kepada ekonomi dan baik kepada rakyat,” kata Tengku
Sarifuddin.Beliau berkata sudah pasti perubahan ini akan merupakan satu
keperluan bagi mengekalkan keyakinan pelabur di Malaysia dan kenaikan kos sara
hidup ini akan membantu Malaysia dalam sektor pekerjaan dan pendapatan negara
sejak empat tahun lalu.Pada 2 Disember, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan
Air, Datuk Dr Maximus Ongkili berkata tarif elektrik akan dinaikkan secara
purata sebanyak 14.89 % bagi Semenanjung Malaysia dan 17% bagi Sabah dan Labuan
berkuat kuasa tahun hadapan.
Selasa lalu, Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof
dilaporkan berkata kadar tol bagi 15 lebuh raya termasuk NPE, SPRINT, dan LDP
akan dinaikkan sebanyak 50 sen dan RM2 bermula 1 Januari 2014.Ia berikutan
pengurangan subsidi atau rasionalisasi petrol dan gulka serta peningkatan harga
rokok pada tahun ini.
MEMPERTINGKATKAN TARAF KEHIDUPAN ISI RUMAH BERPENDAPATAN
RENDAH
Takrifan Umum Kumpulan Berpendapatan Rendah
Secara tradisional, kita menentukan insiden kemiskinan
dengan merujuk kepada ambang Pendapatan
Garis Kemiskinan (PLI). PLI ini berdasarkan kepada keperluan minimum untuk
makanan oleh seisi rumah (bahagian PLI makanan) dan barangan bukan makanan
seperti pakaian, sewa, bahan api dan elektrik (bahagian PLI bukan makanan).
Keluarga yang hidup di bawah PLI adalah mereka yang hidup dalam kemiskinan,
manakala mereka yang hidup di bawah PLI makanan diklasifikasikan sebagai
golongan miskin tegar.
Pada masa lalu, satu daripada kekurangan yang pernah kami
hadapi adalah untuk mendapatkan kata sepakat mengenai PLI di kalangan pelbagai
kementerian dan agensi. Ini menyukarkan kerjasama bagi mengenal pasti dan
membantu kumpulan miskin yang disasarkan. Selepas mengkaji kaedah yang
digunakan di negara lain, kami menetapkan takrifan baru berdasarkan keadaan
sosio-ekonomi khusus Malaysia, yang akan digunapakai oleh semua kementerian dan
agensi. Isirumah Berpendapatan Rendah (LIH) adalah isirumah yang mempunyai jumlah pendapatan kurang daripada atau
bersamaan dengan RM 2,000 sebulan, yang mewakili 75% median pendapatan di
Malaysia31. Ia ditakrifkan sebagai
jumlah purata nasional. Walaupun ada sesetengah pihak mungkin merasakan
pendapatan bulanan isirumah RM
2,000 adalah agak selesa, realitinya
adalah kos sara hidup semakin meningkat
dan ia mengekang kuasa berbelanja kumpulan ini dan seterusnya meningkatkan
kesukaran hidup (Gambarajah 9.2). Miskin adalah isirumah dengan jumlah
pendapatan kurang daripada atau bersamaan dengan RM 750 sebulan. Ini adalah
berdasarkan PLI dan adalah jumlah purata nasional. Miskin Tegar menggambarkan
isirumah yang mempunyai jumlah pendapatan kurang daripada atau bersamaan dengan
RM 440 sebulan. Ini adalah berdasarkan PLI makanan dan adalah jumlah purata
nasional
Pelaksanaan Inisiatif Berimpak Tinggi Dan Cepat
Kerajaan akan memperkenalkan inisiatif intensif, mengikut
keutamaan dan diselaraskan bagi
mencapai sasaran NKRA,yang kebanyakannya telah pun diumumkan
dalam Bajet 2010. Inisiatif ini akan
membantu Kerajaan untuk mencapai sasaran NKRA. Banyak lagi inisiatif akan
diperkenalkan, dan inisiatif sedia ada
akan diubahsuai berdasarkan keputusan
pelaksanaannya di peringkat akar umbi. Inisiatif-inisiatif ini akan
dilaksanakan secara berperingkat pada tahun-tahun 2010, 2011 dan 2012.
Bagi mengurangkan kadar kemiskinan dan miskin tegar pada
akhir 201,
Bantuan diberi kepada
golongan miskin: Mempercepatkan pembayaran kebajikan bulanan dan memberi
bantuan bagi meningkatkan pemilikan rumah. Bantuan perumahan dalam kawasan
bandar telah diketengahkan kerana Kerajaan amat maklum bahawa perumahan adalah
salah satu keperluan asas bagi semua rakyat, termasuk mereka yang berpendapatan
rendah
Meningkatkan produktiviti golongan miskin: Mewujudkan
pekerjaan melalui Gerakan 1 Azam sebagai tambahan kepada usaha membasmi miskin
tegar dan mengurangkan kemiskinan, Kerajaan berazam untuk memperbaiki kehidupan
isirumah berpendapatan rendah yang berada di luar lingkungan kategori miskin
atau miskin tegar. Bagi tujuan ini, Kerajaan akan melaksanakan inisiatif lain,
yang tertumpu kepada usaha memperkasa produktiviti dalam bidang pendidikan dan
latihan, kesihatan, kredit mikro, integrasi semula bekas penagih dadah dan
penjenayah ke dalam masyarakat, dan sebagainya di samping terus menghulurkan
bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Inisiatif Bagi Tahun 2010
Memberi Bantuan
Prihatin akan kesempitan hidup golongan miskin dan miskin
tegar, Kerajaan komited untuk mengagihkan bantuan kebajikan persekutuan pada
hari pertama setiap bulan, dengan lebih teratur berbanding sebelum ini. Dasar
ini bermula pada 1 September 2009 bagi Semenanjung Malaysia dan 1 Januari 2010
bagi Malaysia Timur.Juga, seperti yang diumumkan dalam Bajet 2010, Kerajaan
akan menyediakan bantuan perumahan kepada mereka yang memerlukan. Pertama,
Kerajaan akan menawarkan penjualan kira-kira 44,000 rumah kos rendah Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Perumahan Negara (JPN) kepada
penyewanya pada harga kira-kira RM 21,500 sehingga RM 35,000 seunit. Kedua, di
bawah JPN, Kerajaan akan menawarkan 74,084 rumah sewa pada harga yang rendah.
Meningkatkan Produktiviti
Sebagai tambahan, bagi melengkapkan golongan miskin dan
miskin tegar dengan keupayaan untuk meningkatkan pendapatan mereka, Kerajaan
akan mempergiatkan program untuk membina keupayaan mereka dan mewujudkan
pekerjaan melalui Gerakan 1 Azam. Ini adalah satu program baru bagi mewujudkan
peluang pekerjaan melalui gabungan pekerjaan dan keusahawanan. Ia menggabungkan
pelbagai skim yang diumumkan dalam Bajet 2010, seperti penubuhan Kedai Komuniti serta Skim
Pembangunan Kesejahteraan Rakyat.
Gerakan 1 Azam
Gerakan 1 Azam adalah sebuah program komprehensif,
berlandaskan konsep pemacuan produktiviti dan pengurusan bantuan bagi
mengangkat taraf kehidupan golongan miskin dan miskin tegar. Langkah utama
adalah, menilai daya produktiviti (keupayaan untuk bekerja), dan bagi mereka
yang tidak berupaya secara fizikal atau tidak sihat mental, akan disediakan
keperluan bantuan serta pemulihan supaya mereka boleh beransur-ansur menjadi
golongan yang produktif. Memadankan individu produktif dengan jawatan kosong
yang ada dan aktiviti ekonomi lain yang bersesuaian (misalnya, pertanian,
perniagaan kecil). Menyediakan latihan bagi mereka yang tidak mempunyai
kemahiran yang diperlukan. Memantau dan menyediakan bantuan berterusan dalam
jangka pendek (misalnya, coaching), apabila seseorang itu mendapat pekerjaan
atau memulakan perniagaan. Mengeluarkan daripada senarai sokongan apabila sudah
memperolehi pendapatan yang kukuh.
Berikut adalah inisiatif terperinci di bawah 1 Azam, Azam
Kerja akan membantu memadankan golongan miskin dan miskin tegar dengan peluang
pekerjaan yang ada dan menggalakkan mereka mengambil peluang pekerjaan dalam
sektor yang kekurangan tenaga rakyat Malaysia. Kerajaan akan memudahkan
penempatan kerja untuk jawatan berkemahiran rendah seperti pembantu rumah, pekerja
stesen minyak, pengawal keselamatan, pelayan restoran dan buruh binaan. Bagi
mencapai tujuan ini Kerajaan akan. Membekukan pengambilan buruh asing dalam
industri terpilih bagi tempoh masa terhad. Menggalakkan majikan mengutamakan
rakyat Malaysia apabila memenuhi jawatan berkemahiran rendah dan separa mahir.
Menubuhkan JobsMalaysia Centres dan JobsMalaysia Points bagi memadankan orang
yang mencari pekerjaan dengan peluang pekerjaan yang ada. Menawarkan program
pembangunan kemahiran kepada golongan miskin dan miskin tegar, melalui kolej
komuniti dan Institut Kemahiran 1 Azam Niaga akan menggalakkan keusahawanan dan
penubuhan perniagaan kecil, misalnya, perniagaan makanan, seperti masakan
rumah, dan perniagaan dalam talian sepertimana program yang berjaya dijalankan
oleh agensi seperti AIM. Kami akan menyediakan latihan dan dana sebagai bantuan
untuk memulakan perniagaan kecil 1 Azam Khidmat adalah sama seperti 1 Azam
Niaga tetapi akan memberi kemudahan untuk menubuhkan perniagaan perkhidmatan
kecil termasuk perniagaan perkhidmatan yang berasaskan inovasi, misalnya, program homestay, kantin
bergerak, pusat mencuci kereta bergerak, pusat penjagaan harian untuk warga tua
atau kanak-kanak, perkhidmatan penjagaan selepas bersalin, urutan dan
perniagaan pemasangan berkemahiran rendah dari rumah. Kerajaan akan membantu
dengan latihan yang diperlukan dan dana permulaan. 1 Azam Tani akan membantu
golongan miskin dan miskin tegar untuk terlibat dalam perniagaan pertanian
kecil-kecilan yang akan mendatangkan hasil yang cepat, misalnya, penternakan
ayam itik dan akuakultur. Di sini, Kerajaan juga akan menyediakan latihan dan
dana permulaan bagi memulakan usaha berasaskan pertanian ini.
Inisiatif untuk Tahun
2011
Inisiatif lanjutan akan dilaksanakan sebelum akhir 2011 bagi
memacu produktiviti dan menguruskan
bantuan.
Kemudahan asas
Memperluaskan bekalan elektrik dan air kepada isirumah
berpendapatan rendah di kawasan luar bandar. Ini akan dilaksanakan selaras
dengan NKRA Infrastruktur Asas Luar Bandar. Satu contoh ialah Skim Program
Lonjakan Mega, yang merangkumi aspek
ekonomi dan projek peluasan infrastruktur kawasan luar bandar
Membina kesedaran
Meningkatkan kesedaran isirumah berpendapatan rendah
mengenai pelbagai program bantuan yang disediakan untuk mereka, supaya mereka
mendapat manfaat daripada program tersebut. Pelbagai saluran akan digunakan,
termasuk hari terbuka dan media baru seperti blog (di mana isirumah
berpendapatan rendah boleh mendapat akses melalui pusat Internet kerajaan)
Pendidikan dan latihan
Membiayai sekolah di kawasan yang terdapat bilangan isirumah
berpendapatan rendah yang ramai dan
meningkatkan infrastruktur sekolah serta persekitaran pembelajarannya. Ini
dapat dilaksanakan dengan kerjasama sektor korporat.Menyediakan latihan
lanjutan dan kemahiran baru bagi isirumah berpendapatan rendah yang layak, bagi meningkatkan
kebarangkalian mereka mendapat pendapatan.
Kesihatan
Menambah bilangan klinik kesihatan di bandar, di luar bandar
dan klinik kesihatan bergerak (sekurang-kurangnya satu klinik kesihatan
bergerak bagi setiap negeri) bagi memberikan perkhidmatan kepada isirumah
berpendapatan rendah. Langkah ini dapat membantu mengekalkan tahap kesihatan
ahli keluarga dalam isirumah berpendapatan rendah supaya mereka dapat terus bekerja bagi menyara keluarga.
Sebagai permulaan, Bajet 2010 memperuntukkan RM10 juta bagi menubuhkan 50
klinik komuniti 1Malaysia di kawasan bandar.
Memperluaskan bantuan kewangan kepada rakyat isirumah
berpendapatan rendah bagi membeli anggota badan tiruan dan prostetik. Kerajaan
juga akan meningkatkan ketersediaan prostetik dengan membina sekurang-kurangnya
satu pusat prostetik di setiap negeri, agar mereka yang memerlukan prostetik
dapat bekerja semula.
Penempatan kerja
Meneruskan peranan untuk memadankan mereka daripada isirumah
berpendapatan rendah dengan pekerjaan di syarikat, termasuk GLC. Kerajaan akan
mempertingkatkan latihan berkumpulan dan latihan persendirian bagi membantu
mereka berjaya dalam kerja yang dilakukan. Di samping itu, Kerajaan akan terus
menggalakkan majikan mengutamakan rakyat Malaysia apabila memenuhi jawatan di
mana terdapat ramai buruh asing. Kerajaan akan memperkenal skim cukai yang
menarik dan insentif lain untuk menggalakkan mereka berbuat demikian.
Mewujudkan peluang pekerjaan dengan mendirikan kedai runcit Jimat 1Malaysia.
Kerajaan berhasrat
untuk menubuhkan 50 kedai Jimat 1Malaysia pada 2010 dan satu dalam setiap
daerah pada 2011. Kredit-mikro:
Membangunkan mekanisme bagi menyediakan kredit-mikro untuk isirumah
berpendapatan rendah yang layak bagi membantu mereka memulakan perniagaan
kecil, supaya Kerajaan dapat beransur-ansur menghentikan mereka daripada
bantuan kewangan jangka panjang. Permohonan dan pembayaran akan dikendalikan
oleh bank, serta saluran GLC seperti pejabat Pos Malaysia dan stesen minyak
Petronas. Sekurang-kurangnya satu projek perintis akan diperkenalkan di setiap
negeri pada suku pertama 2011.
Peralihan / integrasi semula: Memberi sokongan bagi
mengintegrasikan semula kumpulan yang terpinggir, seperti bekas penjenayah dan penagih,
kembali ke dalam masyarakat. Kerajaan menyediakan tempat perlindungan sementara
(Anjung Damai), kaunseling, latihan kemahiran dan program membina sokongan
masyarakat bagi integrasi semula golongan ini.
Inisiatif untuk 2012
Inisiatif lanjut akan dilaksanakan sebelum akhir 2012 bagi
memacu produktiviti dan
menguruskan bantuan.
Kemudahan asas
Membina infrastruktur sanitasi asas yang baru dan
menaiktaraf infrastruktur sanitasi asas yang sedia ada dalam kawasan yang
terdapat isirumah berpendapatan rendah di kedua-dua kawasan bandar dan luar
bandar. Langkah ini dapat membantu ahli isirumah bagi menjalani kehidupan lebih
sihat supaya mereka dapat belajar dan bekerja dengan efektif.
Pendidikan
Meningkatkan kesedaran isirumah berpendapatan rendah tentang
pentingnya pendidikan prasekolah dan menyediakan bantuan kewangan bagi
membolehkan kanak-kanak daripada isirumah berpendapatan rendah menghadiri
prasekolah. Sasaran kami adalah 100% kanak-kanak yang layak daripada isirumah
pendapatan rendah, didaftarkan dalam prasekolah dari tahun 2012
Menyediakan pakaian seragam sekolah dan aksesori (misalnya,
kasut, beg sekolah) bagi pelajar dari isirumah berpendapatan rendah. Buat masa
ini, bantuan diberi terutamanya dalam bentuk wang tunai; membekalkan bantuan
dalam bentuk barangan akan menghindar peluang untuk menyalahgunakan bantuan.
Sasaran kami adalah 100% pelajar yang layak, menerima bantuan ini dari 2012
Menambah kapasiti asrama bersubsidi bagi membantu pelajar
yang memerlukan penginapan (misalnya, mereka daripada kawasan luar bandar) bagi
meneruskan pelajaran mereka, walaupun menghadapi kesulitan wang
Melatih dan membangunkan tambahan 2,000 usahawan wanita
daripada kalangan isirumah berpendapatan rendah pada tahun 2012 (Dengan
ditambah bilangan yang dilatih oleh program
terdahulu seperti 1 Azam, kami akan membangun sejumlah 4,000 usahawan wanita di
antara 2010 dan 2012)
Kesihatan
Memperluaskan bantuan kepada pesakit yang memerlukan rawatan
dialisis. Ini melibatkan menyediakan bantuan kewangan, menubuhkan lebih banyak
pusat dialisis dan menyediakan kenderaan ke/dari pusat dialisis
Perumahan
Melebihi daripada bantuan perumahan yang ditawarkan di bawah
Bajet 2010 (seperti dibincang di atas), kami akan memastikan lebih banyak
perumahan disediakan untuk golongan miskin dan miskin tegar.
Pada 2012, Kerajaan akan menyediakan 50,000 rumah baru dan yang
dibaikpulih, untuk golongan miskin dan miskin tegar terutamanya di kawasan luar
bandar serta menyediakan 14,000 rumah untuk Orang Asli
Menawarkan bantuan kewangan bagi bayaran muka perumahan dan
yuran guaman dan pinjaman dengan kadar faedah yang rendah untuk isirumah
berpendapatan rendah, yang bukan penerima atau pembeli rumah kos rendah yang
disediakan oleh kerajaan
Insurans
Bekerjasama dengan institusi sektor swasta terpilih
(misalnya, Takaful Malaysia) bagi menawarkan skim Insurans 1Malaysia, supaya golongan
miskin tegar, yang sebahagian besarnya tidak mampu membeli insurans, dapat
dilindungi oleh insurans. Polisi ini akan merangkumi beberapa perkara seperti
pendidikan kematian dan penyakit kritikal. Sasaran kami adalah bagi semua
isirumah miskin tegar menikmati perlindungan insuran pada 2012. Tinjauan
mendapati bahawa beberapa negara lain melindungi isirumah berpendapatan rendah
dengan menggunakan kaedah gaji minimum. Kerajaan sedang mengkaji perkara ini
sebagai salah satu kaedah berpotensi bagi membantu rakyat Malaysia berdikari
dan tidak bergantung harap pada bantuan kerajaan semata-mata. Kemungkinan, gaji
minimum boleh berdasarkan PLI RM750 sebulan, iaitu lebih kurang RM4.70 sejam,
berdasarkan tempoh kerja 40 jam seminggu. Sementara sebarang tindakan tidak
akan diambil sebelum 2012, dan jika berlaku pun ia akan diperkenalkan secara
berperingkat, supaya tidak member kejutan kepada majikan.
Penggerak Bagi Memastikan Pelaksanaan Inisiatif
Bagi membolehkan inisiatif di atas dilaksanakan secara
berkesan dan lancar, Kerajaan juga akan melaksanakan perubahan struktur
berikut, menubuhkan entiti Perkhidmatan Pembangunan Sosial (SDS) bersepadu,
mengintegrasikan agensi-agensi yang terlibat dalam perancangan, pelaksanaan dan
pemantauan perkhidmatan kebajikan sosial menjadi satu entiti. Ini akan dapat
meningkatkan kelancaran dalam menyelaras perkhidmatan kebajikan serta
memberikan kemudahan kepada rakyat, yang akan berinteraksi dengan satu agensi
sahaja dan perlu mengunjungi satu pusat perkhidmatan kebajikan sosial sahaja.
Pusat perkhidmatan boleh ditempatkan di pejabat pos bagi memudahkan rakyat
menubuhkan Inspektorat Bebas Bagi Pembangunan Sosial: Inspektorat ini akan
menyiasat dan mendakwa penipuan kebajikan serta menangani aduan oleh ahli
isirumah berpendapatan rendah terhadap entiti SDS mengintegrasikan pangkalan
data: menggabungkan semua pangkalan data yang mengandungi data LIH ke dalam
e-Kasih, menjadikan ia sebagai satu satunya pangkalan data bagi LIH dan
menjadikan ICU sebagai satu-satunya pengurus pangkalan data ini (seperti yang
diumumkan dalam Bajet 2010). Ini akan memudahkan proses pengenalpastian,
kelulusan dan penjejakan LIH. Ekoran dari itu, hanya isirumah yang mendaftar
dalam e-Kasih sahaja yang akan layak mendapat bantuan kerajaan. Oleh itu, salah
satu keutamaan kami adalah bekerja bersama rakyat dan badan bukan kerajaan
(NGO) bagi memastikan semua isirumah berpendapatan rendah didaftarkan dalam
e-Kasih melaksanakan kad atau baucer SDS: mengeluarkan kad pintar atau baucer
kepada rakyat yang dikategorikan sebagai miskin dan miskin tegar. Ia berfungsi
sebagai dokumen pengenalan diri, memudahkan bantuan kredit dan memastikan hanya
mereka yang memerlukan akan mendapat manfaat daripada subsidi perkhidmatan awam
(misalnya, kesihatan, pendidikan). Dengan adanya kad sebegini, kami boleh
memastikan semua bantuan dengan selamatnya sampai ke tangan penerima seperti
yang dirancangkan. Satu projek perintis akan dilancarkan di Kedah dengan
menyasarkan 100% pemilikan dan penggunaan oleh isirumah miskin dan miskin tegar
pada akhir 2010 akan mengurangkan tempoh pemprosesan pembayaran bantuan kepada
pemohon kali pertama daripada tempoh dua bulan pada waktu ini kepada tujuh
hari. Kerajaan akan mengenalpasti peluang untuk menyeragamkan proses dan
mengukuhkan penyelarasan koordinasi antara agensi. Sasaran adalah untuk
memproses 100% permohonan dan pembayaran dalam 7 hari pada 2012.
Tanda Awal Kemajuan Dilihat Pada Isirumah Berpendapatan
Rendah
Kerajaan mengakui bahawa perjalanan masih jauh bagi
meningkatkan taraf kehidupan rakyat dari isirumah berpendapatan rendah, tetapi
kemajuan awal adalah menggalakkan dalam aspek perumahan, pengagihan pembayaran
dan pemprosesan permohonan seperti yang dinyatakan sebelum ini. Kerajaan telah
mula menawarkan rumah kos rendah untuk dijual kepada penyewa sedia ada pada
harga RM21,500 hingga RM 35,000 seunit – sehingga 75% potongan daripada harga
pasaran – bagi meningkatkan kadar pemilikan rumah di kalangan isirumah
berpendapatan rendah. Sejak 1 September 2009, Kerajaan mengagihkan bantuan kebajikan
persekutuan pada hari pertama setiap bulan di Semenanjung Malaysia. Dan
pencapaian awal dalam peningkatan penyelarasan antara agensi, adalah permohonan
untuk disenaraikan dalam pangkalan data isirumah berpendapatan rendah, kini
hanya mengambil masa tujuh hari berbanding dua bulan sebelumnya. Ini merupakan
langkah-langkah awal yang kecil, tetapi Kerajaan berhasrat untuk melaksanakan
banyak lagi inisiatif bagi meningkatkan taraf kehidupan rakyat pada 12-36 bulan
akan datang.
PENUTUP
Fasa Pertama Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang
melabuhkan tirainya tahun lepas mencatat pencapaian dan kejayaan nyata bagi
kesemua tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang dilaksanakan demi
kesejahteraaan rakyat.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata,
menyifatkan GTP 1.0 yang dilancarkan pada 2010 sebagai wadah yang menghamparkan
persediaan asas bagi transformasi dan inovasi yang lebih besar sepanjang satu
dekad setengah akan datang.
"Dengan fasa pertama GTP, saya berbesar hati melaporkan
bahawa usaha besar-besaran oleh kerajaan ini telah menjana keberhasilan yang
ketara," katanya ketika membentangkan laporan tahunan yang dikeluarkan
Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) di bawah Jabatan Perdana
Menteri di sini malam tadi.
Beliau menjelaskan, Kerajaan sentiasa memastikan rakyat
Malaysia memperolehi akses kepada barangan dan perkhidmatan yang berkualiti dan
pada nilai terbaik; menjadikan Malaysia negara lebih selamat bagi setiap rakyat
dengan membanteras sebahagian besar jenayah; membasmi kemiskinan tegar dan
memberikan bantuan yang signifikan kepada isi rumah berpendapatan
rendah.Katanya, ia juga mengambil langkah membanteras rasuah dan mendapatkan
kerjasama rakan daripada sektor swasta mengembalikan kepercayaan rakyat
terhadap kerajaan; mempertingkat kualiti pendidikan bagi semua pelajar di
Malaysia bertujuan memberi kemahiran yang bersesuaian kepada mereka untuk
bersaing dalam pasaran global serta mempertingkat dengan ketara akses kepada infrastruktur
dan menambahbaik sistem pengangkutan awam terutama di kawasan kritikal seperti
Lembah Klang, untuk mempertingkat taraf kehidupan rakyat.
"Tujuh NKRA itu yang menjadi tonggak GTP ialah
mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, meningkatkan pencapaian pelajar,
meningkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah, mempertingkat
infrastruktur asas luar bandar, mempertingkat pengangkutan awam bandar dan
menangani kos sara hidup rakyat," ujarnya. Najib menegaskan, perubahan itu
ialah yang dituntut oleh rakyat dan yang mendorong kerajaan untuk menggembleng
usaha yang besar untuk mencipta kejayaan.Tambahnya, pelbagai rintangan dan
kesukaran yang dihadapi untuk melaksanakan program perubahan itu namun cabaran
yang dilalui memberikan dorongan kepada kerajaan untuk melipatgandakan usaha
bagi fasa seterusnya.
"GTP yang menyasarkan Perkhidmatan Awam terutamanya,
lebih sukar daripada apa yang dijangkakan.Menerusi fasa pertama ini, terdapat
keluk pembelajaran penting yang telah dapat kami timba manakala sebahagian
inisiatif pula tidak berjaya mencapai sasaran tinggi yang ditetapkan pada
peringkat awal. "Hal yang sedemikian sememangnya dijangkakan berlaku
terhadap program perubahan sebesar ini," katanya. Beliau turut mengakuiGTP
tidak lari daripada berhadapan dengan kesangsian dan keraguan apabila ia mula
diperkenalkan, dan juga keputusan daripada pelaksanaan GTP.
"Kami sangat mengalu-alukan penelitian yang sedemikian.
Bagaimanapun, ingin saya memberikan jaminan kepada rakyat bahawa kerajaan akan
terus bersikap terbuka dan telus sepenuhnya berkaitan dengan matlamat GTP dan
pencapaiannya yang telah diraih. "Malah, setiap satu daripada NKRA akan
terus melalui proses pengauditan dan pengesahan yang ketat oleh penilai
tempatan dan antarabangsa demi menghapuskan sebarang keraguan terhadap
keabsahan penilaian keputusan," katanya.
Walaupun berharap keputusan penilaian berupaya meyakinkan
para pengkritik terhadap merit rancangan kerajaan, Najib mahu lebih ramai
rakyat Malaysia tampil ke hadapan dan memberitahu bagaimana kerajaan dapat
mengubah negara yang dicintai ke arah yang lebih baik.
Katanya terdapat lebih banyak cabaran menanti di hadapan dan
lebih banyak yang perlu dilakukan sebelum dapat menyatakan misi telah
tercapai.Katanya iktibar utama yang diperoleh daripada GTP 1.0 ialah kerajaan
tidak berupaya mencetuskan perubahan secara bersendirian dan GTP memberikan
impaknya kepada setiap rakyat mencakupi keluarga, perniagaan kecil hinggalah
syarikat multinasional. "Ia tidak berupaya menggapai matlamatnya yang bercita-cita
tinggi tanpa penyertaan anda semua. Seperti yang kerap kali saya tekankan, masa
bahawa 'kerajaan mengetahui segala-galanya' telah berakhir dan dalam semangat
1Malaysia, kita kini memerlukan rakyat untuk memainkan peranan yang lebih besar
dalam membantu kami terus memajukan negara.
"Nyatakan kepada kami bagaimana kami boleh memberikan
khidmat yang lebih baik kepada anda, juga nyatakan kepada kami bagaimana
kerajaan dapat memberikan lebih makna kepada kehidupan anda," katanya.
Beliau turut mengingatkan kerajaan tidak boleh lagi
membiarkan walau seorang pun rakyat keciciran dalam menuju masa hadapan yang
lebih cerah dan yakin matlamat GTP mampu direalisasikan sepenuhnya dengan
sokongan kukuh daripada rakyat.
Sumber:http://qirmumtaz.blogspot.com/