
PENGERUSI Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
(SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar (kiri) bersama Pengarah Urusan DRB-Hicom, Tan
Sri Mohd. Khamil Jamil memperkenalkan Teksi 1Malaysa (TEKS1M) pada majlis
pelancaran reka bentuk teksi berkenaan di Shah Alam pada 2013.
MANUSIA & PERISTIWA
IMEJ
perkhidmatan teksi terutama di Kuala Lumpur dan sekitarnya yang sangat teruk
sudah lama diketahui umum.
Para
penumpang bukan sahaja dimaki dan diugut, malah berleluasa juga perbuatan
menipu tambang oleh pemandu teksi yang berangan-angan menjadi 'jutawan segera'
dengan memeras duit penumpang khususnya pelancong asing.
Terbaharu
akhbar melaporkan beberapa pelancong dari Arab Saudi yang mengeluh pengalaman
buruk menaiki teksi di ibu negara.
Mereka
dikenakan caj RM50 dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) ke pusat beli-belah
Pavillion di Bukit Bintang, yang tidak sampai 10 minit perjalanan. Seorang
pelancong lain pula dipaksa membayar RM200 ketika menaiki teksi dari Subang,
Selangor ke KL Sentral.
Imej
perkhidmatan teksi di Kuala Lumpur turut terjejas dengan pelbagai kerenah lain
pemandu seperti memilih penumpang, mengambil penumpang bukan di perhentian
teksi, tidak membantu walaupun penumpang membawa beg berat, tidak menggunakan
meter dan menurunkan penumpang di tempat tidak dibenarkan.
Selain
isu pemandu tidak terlatih, amanah dan profesional; terdapat pihak yang
menyifatkan penggunaan kereta nasional keluaran Proton Holdings Bhd. (Proton)
seperti Iswara dan Saga sebagai teksi adalah tidak sesuai kerana saiz yang
kecil.
Bayangkan
berapa ramai bilangan pelancong asing dari negara-negara Arab dan Eropah yang
rata-rata berbadan besar yang mampu dimuatkan oleh kereta Proton Saga.
Kita juga
biasa melihat pemandangan but teksi tidak ditutup rapat kerana beg tidak muat.
Ini bukanlah fenomena lumrah bagi teksi di negara lain.
Untuk
meningkatkan imej teksi di Kuala Lumpur, kita sepatutnya mencontohi
perkhidmatan di negara-negara yang telah diktiraf sebagai terbaik.
Bancian
oleh syarikat penyedia perkhidmatan tempahan hotel secara dalam talian, Hotels.com
pada tahun lalu mendapati perkhidmatan teksi di London adalah yang terbaik di
dunia dan status itu kekal selama enam tahun berturut-turut.
Tempat
kedua terbaik adalah perkhidmatan teksi New York, ketiga, Tokyo; keempat
Berlin; kelima dikongsi secara bersama oleh Amsterdam, Madrid dan Mexico City;
keenam Bangkok, Singapura dan Bogota serta ketujuh Las Vegas, Vancouver dan
Mumbai.
Jika
dilihat kepada kejayaan perkhidmatan teksi London dan New York menduduki dua
tempat teratas, ia berpunca kerana wujud skim latihan khas bagi melahirkan
pemandu yang berhemat.
Sumber:http://ww1.utusan.com.my/
No comments:
Post a Comment