LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENINGKATKAN PENGGUNAAN PENGANGKUTAN AWAM
1) Pendidikan Sejak Kecil
Pendidikan sejak daripada kecil adalah penting untuk memujuk
jiwa warganegara Malaysia untuk menggunakan pengangkutan awam. Dalam konteks
ini, ibu bapa dan pihak sekolah memainkan peranan yang penting memandangkan
kanak-kanak banyak meluangkan masa bersama mereka. Ibu bapa dan pihak sekolah
sepatutnya mendidik kanak-kanak untuk menggunakan pengangkutan awam dan menyenaraikan
pelbagai kelebihan menggunakan pengangkutan awam kepada mereka.
2) Hiburan Dalam Pengangkutan Awam
Langkah yang kedua adalah pihak kerajaan seharusnya meletakkan
hiburan dalam pengangkutan awam seperti pemasangan televisyen ataupun radio.
Hiburan ini sepatutnya diletakkan bukan sahaja di dalam bas ekspres, tetapi
patut dipasang di dalam LRT, komuter dan monorel juga. Hal ini boleh
menceriakan pejalanan para pengguna. Pemasangan ini bukan sahaja boleh
menghiburkan, tetapi turut boleh meningkatkan nilai patriotisme di dalam diri
para pengguna sekiranya iklan-iklan mengenai negara yang menarik dipasang. Namun,
hiburan seperti televisyen dinasihatkan tidak diletakkan di kawasan yang boleh
mencapai penglihatan pemandu, agar pemandu tidak ikut tertarik dan hilang
fokus.
3) Sistem Tiket Bersepadu
Menurut satu kajian yang dibuat dalam kalangan rakyat, banyak pihak
mengatakan bahawa kepelbagaian sistem tiket untuk menggunakan rangkaian
perkhidmatan awam yang berlainan telah mengurangkan minat mereka untuk bergerak
dari tempat asal ke destinasi lain dengan penukaran rangkaian perkhidmatan
awam. Oleh itu, kerajaan haruslah melaksanakan sistem tiket bersepadu dengan
harga yang mampu dibeli oleh orang ramai khususnya mereka yang berpendapatan
rendah supaya dapat menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.
Kerajaan haruslah menubuhkan sebuah Lembaga Pengangkutan Awam (PTA) untuk
menguruskan pengangkutan awam di negara kita. Pertubuhan tersebut dapat
mempercepat proses perlaksanaan sistem tiket bersepadu yang masih dalam
peringkat kajian. Selain itu, kerajaan juga harus mengambil contoh
pelaksanaannya di negara barat seperti di Melbourne, Australia. Di Melborune
penumpang hanya perlu membeli satu tiket pada kos yang rendah untuk menaiki
kereta api atau menaiki bas. Hal ini bertepatan dengan peribahasa “serampang
dua mata”. Pendekataan ini bukan sahaja dapat menjimatkan wang golongan yang
kurang berupaya tetapi juga dapat memudahkan rakyat untuk mengatur pejalanan
laluan harian mereka. Jadi jikalau sistem tiket bersepadu ini dapat
direalisasikan, jumlah penumpang pastilah dapat mencapai sasaran yang telah diramalkan
oleh pengendali pengangkutan awam.
Sumber: http://bmpmrspm.blogspot.com/2009/09/langkah-untuk-menggalakkan-orang-ramai.html
No comments:
Post a Comment