BUTTERWORTH - Seorang penunggang motosikal dan pembocengnya
mati di tempat kejadian apabila motosikal mereka dirempuh sebuah kenderaan
berhampiran jambatan Tuanku Abdul Rahman menuju Jalan Chain Feri, di sini awal
hari ini.
K. Paramguru, 28, dan M.Muthu@Muhammad Yasin Abdullah, 37,
mati akibat cedera parah di kepala dan badan. Mayat mereka dihantar ke Hospital
Seberang Jaya untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Azman Abd
Lah berkata, kedua-dua lelaki itu dipercayai berhenti di persimpangan lampu
isyarat sebelum dirempuh sebuah kenderaan pada pukul 2 pagi.
"Kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke
rumah mereka di Taman Inderawasih sebelum tiba-tiba datang sebuah kereta
dipercayai jenis Toyota Lexus merempuh mereka.
"Menurut saksi kejadian, pemandu kereta itu tidak
memberhentikan kereta sebaliknya terus memecut meninggalkan tempat
kejadian," katanya hari ini.
Azman meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai
kejadian itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Azwan Kamaruddin di
talian 04-5301977 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Sumber:http://kemalangandijalanraya.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment