Maju mundurnya sesebuah negara dapat dilihat dan diukur
melalui sistem pengangkutan awamnya. Sekiranya sistem pengangkutan awamnya
tidak bersistematik akan menggambarkan pengurusan dan pentadbiran sebuah negara
yang lemah , tidak berdaya maju dan impaknya tidak menjana kepada pembangunan
negara .
Apakah yang
dimaksudkan dengan sistem pengangkutan awam : Ia merupakan satu perkhidmatan
pengendalian pengangkutan untuk orang ramai bergerak dari satu tempat ke satu
tempat termasuk juga memberi perkhidmatan pengangkutan apa jua barangan .
Sistem perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan ini meliputi rangkaian
perjalanan dan perhubungan darat , udara dan juga di air . Sistem pengangkutan
awam ini kebanyakannya disediakan oleh pihak kerajaan dan juga pihak swasta .
Dalam penyediaan rangkaian sistem pengangkutan awam yang sistematik ia
memerlukan pelaburan dan perbelanjaan kewangan yang amat tinggi – disediakan
oleh pihak kerajaan atau pun pihak swasta dan sekali gus bermakna sistem
pengangkutan awam yang sistematik ini dapat menjana kepada pembangunan negara.
Melihat kepada
sistem pengangkutan awam di darat ia meliputi perkhidmatan kenderaan awam
seperti bas , teksi , lori , melibatkan juga perkhidmatan kereta api , LRT ,
monorel dan seumpamanya . Perkhidmatan ini memerlukan penyediaan rangkaian
perhubungan seperti jalan raya , lebuh raya , landasan kereta api dan landasan
berkuasa elektrik . Untuk mendapatkan satu sistem pengangkutan yang sistematik
semuanya memerlukan rangkaian perhubungan yang berteknologi tinggi dengan
kecanggihan kenderaan pengangkutannya serta melibatkan pelaburan dan
perbelanjaan kewangan yang dapat meningkatkan kegiatan ekonomi negara
seterusnya menjana pembangunan negara .
Sistem
pengangkutan awam udara pula lagi memerlukan pengurusan dan perlaksanaan yang
bersistematik jika tidak sistem pengangkutannya tidak dapat berjalan dengan
lancar dan efisyen . Sistem pengangkutan udara juga memerlukan lapangan terbang
yang berteknologi tinggi dengan konsep yang lebih moden bertaraf dunia serta
landasan yang dapat menampung pendaratan kapal terbang yang canggih . Sistem
pengangkutan udara ini juga amat penting bagi negara kerana ia menyediakan
sistem pengangkutan yang pantas bagi pergerakan perjalanan yang jauh dan amat
diperlukan oleh ramai orang di serata dunia . Sistem pengangkutan udara ini
turut menuntut pelaburan yang amat tinggi dan turut membantu penjanaan
pembangunan negara . Negara akan turut dilihat bertambah maju , berdaya saing
apabila ada perkembangan pesat dan kemajuannya tidak ketinggalan dalam industri
penerbangan ini .
Bagi sistem
pengangkutan air pula kebanyakannya melibatkan pengangkutan di laut dan tidak
kurang pentinganya pengangkutan di sungai – sungai . Sistem pengangkutan air
juga memerlukan satu sistem yang sistematik maka ia turut menuntut penyediaan
dermaga dan pelabuhan – pelabuhan bertaraf dunia supaya boleh menampung keperluan
penggunaan kapal – kapal pengangkut yang besar untuk berlabuh dan menguruskan
pemunggahan muatan yang banyak dan berat dapat diurus dalam masa yang singkat
dan mudah . Sistem pengangkutan laut ini amat penting bagi negara kerana ia
menguruskan pengangkutan yang banyak dan barangan berat melibatkan perjalanan
yang jauh di merata dunia . Ini semua turut memerlukan pelaburan dan
perbelanjaan kewangan yang besar yang perlu disediakan oleh pihak kerajaan atau
pun pihak swasta . Hal sedemikian turut membantu meningkatkan kegiatan ekonomi
negara yang dapat menjana pembangunan negara .
Hari ini semua
negara maju di dunia mempunyai sistem pengangkutan awamnya yang bersistematik ,
serba maju dan canggih seperti dalam pengangkutan udara dengan lapangan terbangnya
manakala sistem pengangkutan kereta apinya yang serba moden begitu juga
rangkaian pengangkutan darat yang maju dengan lebuh rayanya bereka bentuk moden
, pengangkutan laut dengan pelabuhannya bertaraf dunia . Ini semua kerana tanpa
sistem pengangkutan awam yang sistematik tidak akan dapat merancakkan
pembangunan negara ; Mengapa tidak ? Kerana sistem pengangkutan awam adalah
nadi rangkaian pergerakan dan perhubungan negara . Andai kata berlaku sesuatu
ke atas sistem pengangkutan ini seperti dilanda becana alam , rusuhan , mogok
pekerja atau kerosakan sistem pengangkutan sudah pasti ia boleh melumpuhkan
kegiatan ekonomi sekaligus merencatkan kerancakkan pembangunan negara .
Ini
menunjukkan betapa pentingnya sistem pengangkutan awam terhadap pembangunan
negara . Maka negara memerlukan satu sistem pengangkutan yang bersistematik dan
moden supaya berupaya menjana pembangunan negara . Melalui sistem pengangkutan
awan yang sistematik juga dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan seterusnya
memberi pulangan kepada pendapatan negara .Sebab itulah negara sanggup
berbelanja besar dalam menyediakan rangkaian pengangkutan awam yang sistematik
di seluruh negara. Ini bukan satu pembaziran seperti mana yang didakwa oleh
sesetengah pihak , tetapi sebaliknya ia merupakan satu pelaburan jangka panjang
yang membawa keuntungkan kepada negara malah dapat memberi keselesaan rakyat
serta memberi ruang dan peluang kepada para pelabur untuk mengembangkan
perniagaan mereka sekaligus membantu kepada pembangunan negara .
Negara perlu membina dan mengilhamkan
sistem pengangkutan awam yang canggih lagi sistematik sepei pembinaan Lebuh
Raya Utara – Selatan , Jambatan Pulau Pinang , Lebuh Raya Pantai Timur dan
banyak lagi lebuh raya . Bayangkan jika sekarang ini tidak dibinanya rangkaian
lebuh raya ini pasti sudah tentu negara tidak dapat menampung aliran trafik ,
kesesakan berlaku di mana – mana , kepayahan untuk berhubung antara satu tempat
ke satu tempat maka impaknya pembangunan negara tersekat . Bukan setakat rangkaian
lebuh raya , malah mengilhamkan pembinaan aliran transit ringan seperti komuter
, LRT , monorel turut banyak menyumbang kepada pembangunan negara. Pembinaan –
pembinaan sistem pengangkutan awam yang sistematik di seluruh negara telah
meneroka pembukaan tanah – tanah terbiar , tanah – tanah di pedalaman sekaligus
kawasan ini dahulunya mundur tiada penghuni dan pembangunan dengan sekelip mata
menjadi kawasan lubuk emas : Harga tanah naik melambung , dahulunya pekan atau
perkampungan kecil kini telah menjadi bandar moden yang maju lagi terurus ,
dahulunya tiada penghuni di hutan belantara kini menjadi kawasan penempatan
moden yang cantik dan selesa didiami oleh ribuan penduduk di merata pelusuk
negara. Hal sedemikian kerana adanya sistem pengangkutan awam yang sistematik
maka telah dapat membangunkan kepesatan pembangunan negara .
Tidak dapat
dinafikan , sekiranya tanpa sistem pengangkutan awam yang sistematik pastinya
negara tidak dapat membangun dengan baik . Cuba mengimbau kembali sistem
pengangkutan awam lama , pembinaannya tidak mementingkan sesuatu yang
sistematik , pembinaannya asal buat sahaja tanpa memikirkan kesan alam sekitar
, kesan jangka panjang , hanya mengira kesesuaian dan keperluan semasa tanpa
mengambil kira impaknya di masa hadapan . Oleh sebab itu ia kelihatan berpusat
di suatu tempat dan tidak membawa kepada pembangunan yang menyeluruh . Ini
sebenarnya terletak kepada kebijaksanaan para perancang termasuk para pengurus
dan pentadbir negara yang perlu tahu bahawa sistem pengangkutan awam yang
sistematik adalah penjana pembangunan negara . Sekiranya negara dapat
menyediakan sistem pengangkutan awam yang sistematik lagi efisen , secara tidak
langsung ia telah menjana pembangunan negara yang lebih teratur , berkembang
dan berdaya maju . Penyediaan sistem pengangkutan awam yang sistematik ini
bukan sekadar dilihat kepada kecanggihan penyediaan perkhidmatan pengangkutan
awam seperti bas, lori , kereta api , teksi , kapal terbang , kapal laut , feri
dan seumpamanya tetapi perlu dilihat dalam penyediaan perhubungan
infrastrukturnya juga perlu sistematik - baru boleh dilihat dapat menjana
pembangunan negara .
Apabila
melibatkan sistem pengangkutan awam ia tidak boleh lari dalam penyediaan
infrastruktur sistem pengangkutan awam itu sendiri seperti jalan raya , lebuh
raya , setesen kereta api , landasan kereta api , lapangan kapal terbang dan
landasannya , pelabuhan – pelabuhan dan dermaganya : Semua ini memerlukan
kawasan – kawasan lama diperbesarkan , kawasan – kawasan baru diterokai ,
sistem lama sedia ada dipermodenkan , kawasan padat dialihkan ke penempatan
baru . Ini bermakna dalam penyediaan sistem pengangkutan awam telah dapat
menjana pembangunan negara secara besar – besaran . Dalam erti kata lain tanpa
sistem pengangkutan awam yang sistematik , pembangunan negara tidak membangun
pesat dan apa yang lebih penting sistem pengangkutan awam yang sistematik ini
memerlukan perancangan yang terliti mengambil kira ekosistem negara yang sedia
ada , impak masa hadapan negara lebih terjamin , tidak berisiko tinggi , sistem
pengangkutan yang efisen lagi kondusif dan negara terus dapat memacu
pembangunan yang memberi kepuasan semua rakyat selari dengan slogan : Rakyat
Didahulukan Pencapaian Diutamakan .
Sistem
pengangkutan awam yang sistematik juga dilihat mampu menjamin keselamatan
pengguna , memerlukan satu sistem pengangkutan yang mempunyai ciri – ciri
perkhidmatan selamat , dapat mengurangkan kemalangan atau kerosakan serta
kehilangan harta , juga mampu memberi perkhidmatan sosial yang baik . Sekiranya
semua ini diambil kira dalam penyediaan sistem pengangkutan awam bermakna
pembangunan negara terus membangun dalam landasan yang betul . Sistem
pengangkutan yang selamat satu faktor yang amat penting dalam menjana
pembangunan negara kerana sistem pengangkutan awam yang tidak selamat , sedikit
sebanyak menjejaskan kepercayaan pelabur untuk melabur dalam negara dengan itu
negara kehilangan modal untuk membangunkan negara . Aliran perniagaan juga akan
terjejas sekiranya sistem pengangkutan awam ini tidak menjaminkan keselamatan
kerana hasil perniagaan , pengeluaran produk industri tidak dapat diangkut dan
diurus dengan baik maka perniagaan tidak dapat berkembang kerana ada
kebimbangan untuk berurus niaga atau kebimbangan untuk membangunkan sektor
industri dalam negara dan seterusnya menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan
pelaburan dalam negara .
Negara
mempunyai jutaan tenaga pekerja dalam pelbagai sektor di seluruh pelosok negara
dan pastinya mereka ini memerlukan sistem pengangkutan awam yang sistematik dan
terbaik untuk memberi keselesaan mereka ke tempat kerja . Mereka ini adalah
penjana kepada pembangunan negara . Sekiranya negara tidak mempunyai sistem
pengangkutan awam yang efisen sudah pasti mejejaskan pergerakan mereka ke tempat
kerja dan ini boleh menjejaskan produktiviti mereka bermakna keberhasilan
negara turut merosot , maka pembangunan negara juga terjejas. Menyediakan
prasarana sistem pengangkutan awam yang bersistematik ini sebenarnya adalah
menjana kepada pembangunan negara . Sekiranya negara tidak membina prasarana
sistem pengangkutan awam , ini bermakna tiada pembangunan yang dilakukan .
Berapa banyak prasarana ini yang telah dibangunkan di serata negara dengan
pelbagai konsep , bercirikan moden , canggih , termaju dan bertaraf dunia .
Semuanya ini adalah merupakan pembangunan negara melalui sistem pengangkutan
awam . Kalau tanpa memikirkan keperluan sistem pengangkutan awam yang
sistematik maka pastinya pembangunan serupa ini tidak dibangunkan dan negara
turut tidak membangun .
Memandangkan
sistem pengangkutan awam yang sistematik dapat menjana kepesatan pembangunan
negara . Maka dapat kita lihat negara – negara di seluruh dunia berlumba –
lumba menggerakan jentera pentadbirannya memberi tumpuan kepada pembangunan
sistem pengangkutan awam yang lebih sistematik . Ini bermakna pembangunan
sistem penganguktan awam yang sistematik merupakan satu faktor penting yang
dapat menjana pembangunan negara . Negara akan turut bertambah maju sekiranya
sistem pengangkutan awamnya lebih bersistematik . Kita lihat di sesebuah negara
yang sistem pengangkutan awamnya kucar – kacir lagi kelam – kabut serta tidak
terurus dengan baik maka gambarannya negara berkenaan sebuah negara yang mundur
serta tidak dapat menjana kepada pembangunan negara itu sendiri .
Pembangunan
sesebuah negara itu tidak akan dapat membangun dengan pesat seandainya sistem
pengangkutan awamnya tidak sistematik atau negara mengabaikan sistem
pengangkutan awamnya . Ia akan memberi impak yang amat besar kepada negara :
Pertumbuhan ekonomi negara tidak berkembang , kemajuan tidak dapat dicapai ,
tiada pelaburan , kurangnya peluang pekerjaan untuk rakyat , rakyat tidak dapat
keselesaan dan seterusnya tiada pembangunan yang dapat dibawa untuk negara .
Sistem pengangkutan awam yang sistematik jika dapat dilaksanakan dengan
berkesan sebenarnya ia seiring dengan pembangunan dan kemajuan negara dalam
erti kata lain tiada pembangunan dalam sistem pengangkutan awam maka tidak
dapat menjana pembangunan negara .
Isu lain yang dapat dikaitkan dengan sistem
pengangkutan awam terhadap menjana pembangunan negara ialah penerokaan kawasan
dalam penyediaan prasarana sistem pengangkutan awam yang sistematik, bukan
setakat menyediakan prasarana pengangkutan awam sahaja malah ia melibatkan
dalam penyediaan infrustruktur yang lain seperti bekalan air paip , bekalan
elektrik , bekalan telekomunikasi , perumahan , ruang perniagaan , kawasan
pentadbiran , kawasan reakriasi , rangkaian jalan raya dan sebagainya. Ini
pastinya akan membangunkan kawasan berkenaan dengan itu menunjukkan ada
pembangunan berlaku di negara berkenaan . Disamping itu dalam sistem
pengangkutan awam yang sistematik , negara berupaya mengguna jentera
pengangkutan awam yang moden dan canggih . Ini juga merupakan satu pembangunan
kemudahan awam dalam menjana pembangunan negara jika tidak negara masih di
takuk lama dengan penggunaan jentera lama yang tidak menunjukkan sebarang
kemajuan .
Di negara –
negara maju telah lama mereka bangunkan sistem pengangkutan awamnya kerana
mereka telah nampak membangunkan sistem pengangkutan awam boleh menjana
pembangunan negara . Mereka telah lama menggunakan sistem kereta api laju ,
sistem kereta api bawah tanah , kapal terbang supersonik dan berjentera jet ,
kapal laut pengangkut yang besar serta berkuasa tinggi . Semua ini mereka
bangunkan demi hendak menerokai pelusuk dunia serta menguasai sistem
pengangkutan awam dunia yang pastinya memberi pulangan yang tinggi kepada
mereka lantaran dapat menjana pembangunan negara mereka berterusan dari semasa
ke semasa dan terus berlumba – lumba untuk membuktikan mereka adalah yang
terbaik di dunia dapat membina sistem pengangkutan awam yang sistematik berbanding
dari negara – negara pesaing mereka . Negara – negara maju juga sentiasa
memastikan sistem pengangkutan awamnya bersistematik dan bertaraf dunia ,
mereka sanggup melabur dan berbelanja besar untuk membangunkan dan memajukan
sistem pengangkutan awam mereka kerana mereka tahu melalui cara ini negara
tidak akan rugi malah negara mendapat pulangan yang besar ke arah pembangunan
yang sejahtera .
Banyak perkara
yang turut menjana kepada pembangunan negara tetapi sistem pengangkutan awam
yang sistematik lebih tinggi sumbangannya kepada kepesatan pembangunan negara
kerana pembangunan yang dibawa melalui sistem pengangkutan awam yang sistematik
ini lebih bersepadu dan menyeluruh . Dalam hendak menyediakan sistem
pengangkutan awam yang sistematik ini melibat banyak penyumbangnya secara
global - bermula dari perancangnya, penerokaan kawasan dan tapak , arkiteknya ,
juruteranya , jurubinanya , para konsultannya , ahli koporat , para pemaju ,
usahawan – usahawan , tenaga buruhnya dan banyak lagi penglibatan terhadap
penyediaan sistem pengangkutan awam yang sitematik ini .
Maka jelas
membuktikan bahawa sistem pengangkutan awam yang sistematik ini dapat menjana
pembangunan negara . Pembangunan sesebuah negara tidak dapat dilihat sekiranya
negara itu tidak mempunyai sistem pengangkutan awam yang sistematik dan terbaik
. Justeru itu untuk terus maju dan membangun sudah semestinya negara mampu
memiliki sistem pengangkutan awam yang sistematik .
Sumber:http://mdisabudin.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment