Thursday, June 11, 2015

NKRA MEMPERTINGKATKAN PENGANGKUTAN AWAM DI BANDAR

Gambaran Keseluruhan NKRA Mempertingkatkan Pengangkutan Awam di Bandar
Sistem pengangkutan awam yang cekap sangat diperlukan dan penting di Malaysia yang kini semakin hampir untuk menjadi sebuah Negara berpendapatan tinggi.

              
Walaupun Malaysia telah melabur dalam pengangkutan awam beberapa tahun lalu, kekurangan jumlah komuter dan peningkatan penggunaan kenderaan persendirian menunjukkan terdapat kelemahan dalam pendekatan ini.

NKRA Mempertingkatkan Pengangkutan Awam Bandar (NKRA UPT) telah dilaksanakan untuk menyeleasaikan masalah ini dengan fokus tertentu di Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Inisiatif ini sebaris dengan program lain yang dijalankan oleh Negara seperti dalam semua koridor ekonomi.

NKRA UPT memberi tumpuan kepada Lembah Klang kerana ia merupakan pusat dagangan dan masalah trafik adalah pada tahap yang kritikal. NKRA UPT, dengan mandat yang menyasarkan keberhasilan yang cepat, mampu memberi kesan yang besar dengan memberi fokus di kawasan tertentu.

Matlamat akhir adalah untuk mewujudkan pengangkutan awam bandar (UPT) bersepadu, yang akan menggalakkan lebih ramai penumpang pengangkutan awam, meningkatkan peratusan modal perkongsian kepada 25% daripada 12% pada masa ini.


Keberhasilan Besar GTP 1.0
Sebelas inisiatif telah dilaksanakan dalam GTP 1.0 untuk mempertingkatkan sistem pengangkutan awam bandar mencapai kemajuan yang ketara dari segi penambahan kapasiti dan peningkatan kebolehcapaian dan kesalinghubungan. NKRA UPT kekal berada di landasannya untuk menyediakan sistem pengangkutan yang dipercayai, mampu dinikmati, selesa dan bersepadu di Greater Kuala Lumpur/ Lembah Klang, pada masa yang sama, menangani masalah kesesakan lalu lintas bandar yang teruk.

Inisiatif tersebut diletakkan di bawah empat kategori utama iaitu, Bas, Rel, Integrasi dan Rangkaian yang dilaksanakan sepanjang tiga tahun yang lepas.



NKRA Mempertingkatkan Awam Bandar adalah di bawah pengawasan Kementerian Pengangkutan



GTP 2.0: Meningkatkan Perubahan
Peningkatan perkongsian modal UPT kepada 25 % daripada 12% kekal sebagai permintaan yang tinggi, dan proses transformasi mestilah dipercepatkan bagi memenuhi matlamat.

Populasi Greater Kuala Lumpur dijangka akan mencapai 10 juta pada tahun 2020, yang terdiri hampir satu pertiga daripada penduduk Malaysia. Tambahan lagi, peningkatan trend dalam pemilikan kereta persendirian akan terus berlaku jika tiada alternatif seperti, kecekapan pengangkutan awam bandar yang diletakkan di tempat yang betul.

GTP 2.0 akan membawa perubahan momentum yang dibina dalam GTP 1.0, dengan fokus utama kepada kawasan Greater Kuala Lumpur/ Lembah Klang. Walau bagaimanapun, suatu mekanisme pemantauan “watching brief” akan dijalankan bagi memastikan beberapa inisiatif juga dilaksanakan di bandar-bandar lain, terutamanya di koridor ekonomi utama.



 Sumber:http://www.ipislam.edu.my/

No comments:

Post a Comment