Suruhanjaya
Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah memeterai perjanjian dengan Cityliner Sdn
Bhd dan MARA Liner Sdn Bhd untuk memperkenalkan konsep baru perkhidmatan bas
henti-henti yang berasaskan konsep ‘network planning’ bagi Seremban dan Kangar.
Menerusi
skim Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (‘SBST’) rakyat akan menikmati
perkhidmatan yang lebih cekap dan boleh dipercayai.
Skim ini
akan dilancarkan pada bulan April bagi Seremban, manakala Perlis pada bulan Jun
2015. Skim ini juga dijangka akan diperkenalkan di Ipoh, Kuala Terengganu dan
Kuching pada tahun ini.
Projek
ini akan meningkatkan akses kepada perkhidmatan bas di kelima-lima bandar di
mana bas henti-henti akan menjadi tunjang kepada sistem perkhidmatan awam.
Menjelang
2020, projek ini dengan kerjasama rapat kerajaan negeri akan dilaksanakan di
kesemua daerah di seluruh negara.
Transformasi
yang dilaksanakan ini membolehkan pengguna pengangkutan awam menikmati
peningkatan dalam rangkaian perhubungan dan perkhidmatan yang boleh dipercayai
ke kawasan utama seperti pusat komersil, kawasan perumahan serta
sekolah-sekolah dan kolej.
Projek
ini mengintegrasikan pengangkutan awam seperti bas henti-henti, bas ekspress
dan perkhidmatan rel.
Pada
majlis pemeterian perjanjian di Kuala Lumpur Jumaat SPAD diwakili Pengerusinya,
Tan Sri Dr Syed Hamid Albar dan Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Nur Ismal Mohamed
Kamal.
Pengarah
Eksekutif Cityliner, Tengku Mohd Hasmadi Tengku Hasim dan Pengarah MARA Liner,
Puan Rohayah Mohd Zain telah memeterai perjanjian bagi pihak Cityliner dan MARA
Liner.
Sumber:http://ijahoney.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment