KUALA LUMPUR 28 Jun -
Pelaksanaan transformasi pengangkutan awam yang bermula 2010 memperlihat
kemajuan memberangsangkan dengan nisbah mod pengangkutan awam bandar telah
meningkat kepada 21 peratus berbanding 17 peratus empat tahun lalu.
Timbalan Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia semakin menghampiri sasaran nisbah mod
pengangkutan awam bandar 25 peratus menjelang 2015.
``Pada akhir 2013
sasaran purata bulanan 400,000 penumpang pengangkutan awam pada waktu puncak
juga berjaya dilepasi dengan purata 437,525 penumpang berbuat demikian setiap
bulan,'' katanya.
Beliau berkata demikian
semasa berucap merasmikan Kompleks Parkir Bertingkat
``Park n Ride'' Stesen
Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang bernilai RM30 juta di sini hari ini.
Muhyiddin berkata
peningkatan jumlah pengguna pengangkutan awam adalah disebabkan beberapa
penambahbaikan yang diperkenal kerajaan.
Antaranya penambahan set
tren perkhidmatan KTM komuter daripada tiga gerabak kepada enam gerabak selain
pewujudan hab pengangkutan awam bersepadu seperti Terminal Bersepadu Bandar
Tasik Selatan.
``Inisiatif lain
termasuk meningkatkan kesalinghubungan perjalanan dan menyediakan perkhidmatan
bas bandar percuma yang berfungsi untuk menarik minat terhadap penggunaan
pengangkutan awam dengan lebih meluas,'' katanya.
Muhyiddin berkata dengan
usaha intensif yang dilaksana di bawah kerangka Bidang Keberhasilan Utama
Negara (NKRA)-Pengangkutan Awam Bandar, sasaran 750,000 penumpang pada waktu
puncak akan dicapai menjelang tahun depan.
``Selain itu, sasaran 75
peratus rakyat akan mempunyai akses kepada laluan pengangkutan awam tahun
depan,'' katanya.
Mengenai kompleks parkir
bertingkat itu, Timbalan Perdana Menteri berkata ia satu contoh komitmen
kerajaan dalam memastikan keselesaan rakyat menjadi keutamaan.
``Kemudahan Park n Ride
Ampang ini memberi kemudahan dan keselesaan secara langsung kepada pengguna
perkhidmatan LRT di Ampang dan kawasan sekitarnya,'' kata Muhyiddin.
Kompleks dengan 1,140
ruang letak kenderaan itu telah mula beroperasi 1 Jun lepas.
Turut hadir Menteri
Pengangkutan yang baru dilantik Datuk Seri Liow Tiong Lai, Pengerusi Syarikat
Prasarana Negara Bhd Tan Sri Ismail Adam dan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan
Awam Darat Tan Sri Syed Hamid Albar.
Sumber: http://ww1.utusan.com.my/utusan/
No comments:
Post a Comment