Pengangkutan boleh didefinisikan sebagai suatu konsep cara
pemindahan daripada suatu tempat ke tempat yang lain (Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2007). Pengangkutan terbahagi kepada beberapa jenis iaitu pengangkutan
melalui jalan darat, pengangkutan melalui jalan air dan pengangkutan melalui
jalan udara.
Menurut Katiman Rostam (2002), pengangkutan dapat diertikan
sebagai suatu cara memindahkan barangan atau penumpang. Konsep pengangkutan
boleh dikaitkan dengan nilai wang sekiranya ia digunakan bagi menjelaskan kos
dan ia juga boleh dikaitkan dengan ruang jika ia digunakan bagi menjelaskan
aspek lokasi. Pengangkutan mempunyai sistem yang tersendiri dan terdapat cirri
dan pengaruh yang berbeza ke atas setiap kegiatan ekonomi penduduk. Sistem
pengangkutan tersebut ialah sistem kereta api, jalan air, jalan raya atau
kereta motor, pengangkutan jalan udara, saluran paip dan kaedah pengangkutan
yang lain seperti hovercraft.
Pengangkutan jalan raya boleh dianggap baru dan kemajuan
yang pesat di Amerika Utara, Eropah dan Jepun kerap menimbulkan masalah
kesesakan lalu lintas. Kemajuan dalam pembinaan jalan raya terhadap pembangunan
ekonomi hanya menjadi ketara sejak empat dekad lalu. Kemajuan dalam bidang
pembinaan lebuh raya menggalakkan penggunaan trak dan lori tangki bagi
mengangkut barangan jenis berat dan pukal. Bagaimanapun, hanya muatan barangan
yang ringan, mudah rosak dan memerlukan penghantaran segera sahaja yang lebih
sesuai bagi pengangkutan dengan trak menggunakan jalan raya terutamanya bagi
jarak angkutan yang pendek.
Sumber:http://nuruljueieyra.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment