1.0 Pengenalan.
Dari segi geografinya, Singapura terletak di kawasan selatan
Asia Tenggara iaitu 137 KM daripada garisan khatulistiwa. Singapura merupakan
sebuah Negara metropolitan yang mempunyai perananan penting dari sudut
keewangan dan perdagangan antarabangsa.Perkembangan ekonomi singapura pula
berkembang dengan pesat dan telah diiktiraf sebagai pusat keewangan keempat
didunia. Selain itu juga, Singapura merupakan pelabuhan yang kelima tersibuk
didunia.
Singapura merupakan Negara kedua yang mempunyai kepadatan
penduduk didunia iaitu seramai 5juta orang penduduk. Rakyat Singapura terdiri
daripada berbilang bangsa iaitu Melayu, Cina, India, Kaukasia dan
lain-lain.Dalam sektor perkhidmatan pula, sebanyak 50% peluang perkerjaan di
Singapura diisi oleh warga asing manakala sebayak 42% rakyat di Singapura
merupakan rakyat asing yang berkerja atau mendapatkan pendidikan di sini.
2.0 Rangkaian Pengangkutan di Singapura.
Singapura mempuyai kelengkapan sistem pengangkutan termoden
dirantau Asia Tenggara di alaf ini. Dengan keluasan Negara yang kecil iaitu 704
km2, Singapura mampu mewujudkan pelbagai kemudahan dengan menggunakan teknologi
yang terkini. Sistem pengangkutan antarabangsa di Singapura terdiri daripada
tiga jenis pengangkutan utama iaitu darat, laut dan udara. Dalam menghubungkan
sesuatu Bandar di Singapura, hanya terdapat dua jenis mod pengangkutan iaitu
darat dan air sahaja.
Dalam usaha memperkasakan sistem pengangkutan di Singapura,
Kerajaan mereka telah mewujudkan 9 buah lebuhraya, 2 buah syarikat bus utama,
sistem keretapi Mass Rapit Transit (MRT), 8 buah syarikat teksi dan sistem
pengangkutan air. Sebanyak 5,308,000 perjalanan yang dibuat dalam sehari oleh
sistem pengangkutan awam dan kajian mendapati hampir separuh daripada penduduk
Singapura menggunakannya bagi melakukan aktiviti setiap hari.
Pengangkutan awam yang utama di Singapura adalah Bus, (MRT)
dan Teksi. Perkhidmatan Bus merupakan satu-satunya pengangkutan awam yang dapat
menghubungkan setiap tempat di Singapura manakala perkhidmatan MRT pula
menawarkan ketepatan masa dan keselesaan kepada para pengguna. Singapura juga
menawarkan sistem pengangkutan kereta sewa, motorsikal, bot tambang dan beca
sebagai pilihan perkhidmatan alternatif.
3.0 Konsep Sistem Pengangkutan di Singapura.
Singapura merupakan sebuah bandar kepulauan yang terletak di
salah satu persimpangan komersial utama di rantau Asia Tenggara. Situasi ini
mewujudkan perkembangan ekonomi yang mampan dan memerlukan sistem pengangkutan
yang termoden dalam usaha memberi kemudahan dan keselesaan kepada perkhidmatan.
Hasilnya, Singapura mempunyai sistem jaringan jalan raya yang terkini, luas dan
selesa.Pelbagai jenis lebuhraya yang diwujudkan dengan perkhidmatan
pengangkutan awam seperti bus dan keretapi yang berhawa dingin. Selain itu,
sitem pengangkutan di Singapura juga merupakan sistem termoden dan hampir sama
dengan Negara-negara barat berbanding Negara serantau Asia.
Untuk menghubungkan sesuatu kawasan di Singapuraini, sistem
pengangkutan darat, keretapi dan air merupakan pilihan utama rakyat di Singapura.
Konsep pengangkutan ini dipilih adalah kerana Singapura merupakan Negara yang
kecil walaupun untuk menghubungkan dua buah pulau mereka yang
utama.Pengangkutan air hanya digunakan untuk tujuan reakreasi dan destinasi
pelancongan ke pulau-pulau yang lebih kecil.
Sistem lebuhraya di singapura terbahagi kepada beberapa
jenis jalanraya yang utama. Diantara sistem jalanraya yang terdapat di sigapura
adalah :
Jadual 1.0: Jenis Jalanraya di Singapura.
BIl
Jenis Jalanraya
Jumlah KM
1
Lebuhraya
150KM
2
Jalan raya utama arteri
604Km
3
Jalan raya berbayar
468KM
4
Jalan raya akses tempatan
204KM
5
Jalan Persekutuan
3262KM
Selain itu Singapura mempunyai 9 buah lebuhraya utama
disamping 3 buah separuh lebuhraya bagi mengatsi masalah kesesakan lalulintas
di bandar-bandar utama di Singapura. Objektif utama penubuhan lebuhraya ini
adalah untuk menaik taraf kehidupan sosial rakyat singapura disamping
memudahkan perhubungan dari rumah ketempat kerja.
Merujuk kepada bancian penduduk yang dijalankan di Singapura
pada tahun 2000. Seramai 52.4% penduduk Singapura menggunakan pengangkutan awam
untuk pergi berkerja dan medapatkan pendidikan. Selain itu, sebanyak 41.6%
menggunakan menggunakan kederaan sendiri manakala bakiya sebanyak 6% tidak
memerlukan sebarang bentuk kenderaan.
Satu peningkatan penggunaan sistem pengangkutan awam telah
dicatatkan di Singapura iaitu seramai 75% penduduk menggunakan perkhidmatan ini
untuk ke sesuatu destinasi. Peningkatan ini telah membuktikan bahawa sistem
pengangkutan di Singapura ini aman cekap dan mesra pelanggan.
4.0 Isu Pengangkutan di Singapura.
Setiap kelebihan yang ada dalam sistem pengangkutan di
Singapura akan pasti mempunyai kelemahan mereka tersendiri. Isu-isu semasa yang
dihadapi dalam sistem pengangkutan di Singapura adalah masalah kesesakan
diwaktu puncak, kelewatan dan kepadatan penumpang keretapi, sikap pengguna
kemudahan awam, harga tambang teksi yang mahal serta sistem keretapi yang tidak
dapat memberi perkhidmatan menyeluruh dan bersepadu.
Sungguhpun Singapura mempunyai 9 buah lebuhraya utama dan 3
buah separa lebuhraya bagi menghubugkan sesuatu destinasi diantara pusat-pusat
bandar, namun akibat penambahan bilangan kuantiti kenderaan pada waktu puncak
iaitu diantara 7.30am – 9.00am dan 5.00pm – 7.00pm masalah kesesakan lalu
lintas masih belum dapat diatasi. Masalah ini adalah berpunca disebabkan setiap
rakyat Singapura perlu pergi ke destinasi yang sama pada waktu yang sama.
Pada waktu puncak di Singapura juga, kemudahan keretapi
sering digunakan secara optimum oleh pengusaha keretapi. Kepadatan penumpang
serta kekurangan kekerapan perjalanan keretapi menyebabkan masalah sistem
pengangkutan ini sering berlaku. Hasil daripada permasalahan ini, kesesakan
penggunaan sitem pengangkutan keretapi akan berlaku disebabkan kelewatan
ketibaan keretapi secara tidak konsisten.
Pengangkutan awam seperti bus di Singapura dilengkapi dengan
kemudahan sistem penghawa dingin dan keselesaan yang sempurna. Namun begitu,
diantara masalah yang sering dihadapi oleh pengguna perkhidmatan ini adalah
semasa waktu puncak adalah tersekat didalam kesesakan lalu lintas. Selain itu,
faktor kelewatan ketibaan perkhidmatan bus disesuatu kawasan menyebabkan ia
menjadi isu utama bagi rakyat Singapura yang sering mengejar masa. Sikap rakyat
Singapura juga menjadi isu utama dalam masalah penggunaan perkhidmatan bus ini juga.
Akibat kepadatan pengguna pada waktu
puncak, kebanyakkan pengguna enggan memberi ruang kepada pengguna lain bagi mengoptimumkan
penggunaan sistem bas ini.
Sistem teksi di Singapura adalah merupakan satu sistem
alternatif untuk rakyat mereka. Namun begitu pada waktu puncak terdapat caj
sampingan yang dikenakan sehinnga 50% kepada penumpang. Selain itu, tambang
yang mahal melebihi 50% daripada waktu biasa juga turut dikenakan untuk
perkhidmatan pada waktu tertentu seperti lewat malam dan pembayaran yang
digunkan secara kad kredit menyababkan iamenjadi isu utama masalah pengangkutan
di Singapura.
Selain itu, isu perkhidmatan keretapi yang tidak menyeluruh
dan bersepadu juga memberi kesan kepada para pengguna. Semua sistem keratapi
yang dibangunkan sejak 25 tahun yang lalu hanya menghubungkan kawasan bandar
sahaja. Masalah ini menyebabkan pengguna perlu menukar mod pengangkutan
daripada sistem landasan ke sistem jalanraya.
5.0 Kaedah Penyelesaian yang dilakukan oleh pihak berkuasa
di Singapura.
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak berkuasa Singapura
dalam mengatasi isu-isu permasalahan yang dinyatakan diatas. Diantara usaha
yang dilakukan oleh mereka adalah dengan mewujudkan lebih banyak sistem
pengangkutan berlandasan. Sebagai contoh beberapa sistem landasan seperti
Laluan Bulatan, Laluan Timur Barat, Laluan Utara Selatan serta Laluan LRT
Sengkang dan Punggol diperkasakan dalam mengatasi masalah lalu lintas. Selain
itu, kadarkekerapan perjalanan sesuatu keretapi turut diperkasakan dengan
memendekkan masa menunggu daripada 10 minit kepada 5 minit.
Sistem lebuhraya juga telah diperkasakan oleh pihak berwajib
dengan mewujudkan beberapa lebuhraya baru dalam usaha menyalurkan kesesakan
keluar daripada kawasan Bandar. Bandar-bandar pelancongan juga diwujudkan di
kawasan yang jauh dari pusat Bandar dan kawasan berkepedatan penduduk yang
tinggi.
Sistem kemudahan pengangkutan awam juga telah dinaik taraf
dengan pelbagai kemudahan prasarana yang bertaraf global. Setiap kemudahan
keretapi dan bus di Singapura diselenggara dengan baik serta dan dipastikan
agar dapat memberi keselesaan yang maksimum kepada pengguna. Harga tiket yang
murah, mudah didapati dan menggunakan sistem pembelian secara dalam talian dan
pukal turut diperkasakan untuk memberi kemudahan dan galakan kepada pengguanaan
sistem ini. Sistem pengangkutan ini juga diperkasakan dengan memberi kemudahkan
sistem pengangkutan yang dapat menghubungkan setiap kawasan di Singapura tanpa
menukar mod pengangkutan.
Terdapat kira-kira 15,000 buah Teksi di Singapura yang
lengkap bermeter dan berhawa dingin. Sistem bermeter ini dibangunkan agar satu
sistem yang adil dan telus dapat diberikan kepada para pengguna. Selain itu,
perkhidmatan teksi yang selesa, menepati masa, dapat memberikan privasi dan
mempunyai laluan jalanraya khas disamping pemandu yang ramah merupakan carayang
digunakan oleh pihak berwajib dalam menaik tarafperkhidmatan teksi di
Singapura.
6.0 Hasil Penyelesaian yang telah Dijalankan di Singapura.
Setelah pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak berkuasa di
Singapura, terdapat beberpa hasil yang positif diperolehi melalui pengurangan
kadar kesesakan jalan raya pada waktu puncak disebabkan oleh kewujudan
lebuhraya baru dan penggunaan sistem berlandasan yang dinaik taraf.
Penggunaan pengangkutan awam juga turut meningkat dengan
drastik disebabkan kemudahan awam yang telah diperkasa, keselesaan yang baik,
keselamatan yang terjamin dan jadual perjalanan yang menepati waktu.
Peningkatan ini telah dapat meningkatkan ekonomi Negara Singapura secara tidak
langsung.Peluang pekerjaan juga dapat diwujudkan dengan penambahan bilangan
pekerjaan di sektor pengangkutan di Singapura. Selain itu, perkembangan ini
secara tidak langsung telah dapat meminimumkankadar pengangguran dan jenayah di
Singapura.
Taraf ekonomi penduduk Singapura juga dapat dibangunkan
dengan cara menggurangkan kadar perbelanjaan harian mereka dari segi pembelian
petrol dan kenderaan untuk membawa mereka kesesuatu destinasi yang hendak
dituju. Selain itu, pencemaran alam sekitar melalui pembebasan gas rumah hijau
dapat dibendung dengan jayanya akibat daripada sistem pengangkutan yang telah
diperkasakan.
Peningkatan pelancongan dan pelabor-pelabor asing juga dapat
dilihat sebagai kesan setelah proses transformasi sistem pengangkutan
diwujudkan di Singapura. Kemudahan sitem pengangkutan in memudah dan melicinkan
setiap aktiviti yang ingin dilakukan oleh para pelancung dan pelabur. Sistem
pengangkutan yan baik ini dapat memberi kepuasan dan pejimatan dari segi masa,
kos dan kualiti yang ingin diperolehi oleh pelancung dan juga pelabur.
7.0 Kesimpulan.
Sistem pengangkutan awam yang bersepadu dan mesra pelanggan
meruakn kunci penyelesaian dalam menghadapi situasi kesesakan lalulintas yang
sering berlaku dewasa ini. Untuk memastikan kemudahan dan kelancaran proses
pembangunan ekonomi dan pelancongan di sesuatu tempat, kemudahan sistem
pengangkutan adalah salah satu kemudahan yang amat penting dan perlu
diperkasakan oleh pihak berkuasa tempatatan pada sesebuah bandar di dunia.
Singapura merupakan Negara termoden di Asia yang amat
menitikberatkan sistem pengangkutan awam bagi kemudahan rakyat
Singapura.Singapura lebih menggunakan sistem pengangkutan yang berkosepkan
moden dan terkini. Sistem komuter atau dikenali sebagai MRT dan pengangkutan
bas merupakan pilihan utama yang dibangunkan di Singapura. Sistem ini juga
sangat popular di kalangan penduduk bandaraya Singapura. Ianya menjadi pilihan
penduduk termpatan kerana pengangkutan ini adalah sangat cepat dan sangat
praktikal untuk menuju ke destinasi seperti dari rumah ke pejabat. Di bandaraya
ini tidak mempunyai sistem pengangkutan tradisional kerana pembangunan yang
moden dan pesat tidak sesuai bagi pengangkutan tradisional. Bandaraya yang
sentiasa sibuk dan bergerak pantas ini memperlihatkan penduduknya yang
memerlukan sistem pengangkutan yang lebih cepat dan efisien. Sehubungan itu
juga, dengan terbinanya banyak lebuhraya dapat memendekkan masa perjalanan.
Oleh hal yang demikian, bagi memastikan sesuatu perkembangan
ekonomi dan peningkatan taraf hidup yang lebih produktif, sistem pengangkutan
yang cekap dan efisen amatlah diperlukan di sesebuah Bandar yang ingin terus
maju kehadapan. Sistem pengangkutan yang berpatutan, cepat, cekap dan selesa
merupakan pilihan utama setiap rakyat sesebuah Negara.
Sumber:https://broamran.wordpress.com
No comments:
Post a Comment