Isu-isu
yang berkaitan dengan pengangkutan awam kerap dibincangkan oleh orang ramai.
Hal ini kerana pengangkutan awam amat penting dalam kehidupan orang ramal,
terutama di bandar-bandar yang besar. Pihak kerajaan perlu membina lebih banyak
kemudahan pengangkutan awam supaya lebih ramai rakyat yang menggunakannya.
Terdapat beberapa kebaikan jika kita menggunakan pengangkutan awam seperti bas,
teksi, kereta api dan kapal terbang.
Antara
kebaikan menggunakan pengangkutan awam ialah kita akan dapat menjimatkan perbelanjaan.
Dengan menaiki bas, kita juga akan dapat menjimatkan perbelanjaan minyak
kenderaan. Sesungguhnya, harga petrol dan diesel pada masa sekarang adalah
tinggi. Kita juga tidak perlu membuat bayaran tempat letak kenderaan kerana
bayaran tempat letak kenderaan juga semakin tinggi.
Selain
itu, kita juga dapat menjimatkan tenaga apabila menggunakan pengangkutan awam.
Hal Ini kerana kita tidak perlu mengeluarkan tenaga untuk memandu. Memandu
kenderaan kadangkala amat meletihkan terutama di bandar-bandar besar kerana
sering berlaku kesesakan lalu lintas. Dengan menalki pengangkutan awam, badan
kita akan lebih bertenaga apabila berada di tempat kerja.
Dengan
menaiki pengangkutan awam juga, kita akan lebih selamat. Hal ini kerana
kenderaan yang kita naiki adalah lebih besar daripada kenderaan kita. Jika
berlaku sebarang kemalangan, kita pasti lebih selamat jika dibandingkan dengan
menaiki kenderaan sendiri. Kita juga tidak perlu memikirkan keselamatan
kenderaan kita apabila kita meletak kenderaan di tempat letak kenderaan.
Di
samping itu, dengan menggunakan kemudahan awam, kita tidak perlu lagi membeli
kenderaan sendiri. Pada masa kini harga kenderaan seperti kereta adalah tinggi.
Oleh itu, kita boleh menggunakan wang pendapatan bulanan kita untuk membeli
keperluan asas lain yang lebih penting seperti rumah, pakaian dan makanan. Kita
juga boleh menggunakan wang tersebut untuk simpanan masa hadapan.
Kebaikan
lain menalki pengangkutan awam ialah kita dapat menjimatkan masa. Contohnya,
jika kita memandu kenderaan sendiri, masa yang diperlukan dari Kuala Lumpur ke
Kuala Terengganu adalah selama tujuh jam. Jika kita menaiki kapal terbang pula,
masa yang diperlukan adalah satu jam sahaja. Justeru, kita boleh menjimatkan
masa selama enam jam jika menggunakan pengangkutan awam.
Sumber:http://amad-jalanan.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment